Full Width CSS

Marilah Menderma Organ #PAUMNO 2011

Sekarang ni tgh berlangsung pendaftaran utk menderma organ bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di PWTC.

Tadi saya sempat kunjungi booth Pusat Sumber Transplan Nasional, HKL, Kementerian Kesihatan M'sia di aras 5.

Tahukah anda, kita boleh mendermakan organ & tisu. Terdapat 4 organ yg boleh diderma, iaitu :-
Jantung
Paru-paru
Hati
Buah Pinggang

Tisu juga ada 4 bahagian boleh diderma :-
Injap Jantung
Tulang
Kulit
Kornea

Penderma boleh memilih mana organ & tisu yg hendak diderma.

Organ-organ ini akan diambil daripada penderma selepas mati. Menurut agama Islam, menderma organ diharuskan. Agama lain pula turut menyokong pendermaan organ.

Andai kata keluarga si mati (penderma) tak izin, maka pihak PSTN takkan ambil apa² organ & tisu daripada si mati walaupun ia telah dipersetujui.

Perolehan organ dan tisu ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh bdn penderma (si mati). Luka pembedahan dijahit dgn sempurna, jasad tidak akan alami kecacatan fizikal.

Nak cite byk, pjg sgt kan. Sila telefon sendiri.

Pusat Sumber Transplan Nasional HKL, 0326156576. Tol free : 1800889080 atau layar je website www.myhealth.gov.my @ www.infosihat.gov.my

Saya dah daftar, anda pula? Daftar utk pahala berpanjangan. Tak kena bayar pun.

Post a Comment

1 Comments

  1. Blog awak ditampilkan dalam facebook Pusat Sumber Transplan Nasional. Terima kasih!

    http://www.facebook.com/agiftoflife

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..