Full Width CSS

PAS Ajak Ulamak UMNO Berdebat



Marang : Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini mencabar penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin untuk berdebat secara ilmiah berkenaan hukum hudud. Cabaran ini dikeluarkan oleh ketua DPPNT Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam usaha untuk menerangkan keadaan sebenar hukum hudud kepada masyarakat yang sering diputar belitkan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian setelah tersiarnya laporan yang mengatakan Mohd Kamal mendakwa bahawa hukum hudud kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal dipetik sebagai berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

“Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. “Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.” Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan. “Dalam Islam, ini sepatutnya haram.” Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. “Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.” PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.


Forum itu juga turut disertai oleh ulamak muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya. “DPPNT merasa amat kesal atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini. Apatah lagi dia bercakap di hadapan bukan Islam yang pastinya akan menambah kekeliruan kepada mereka.

Maka saya sebagai ketua DPPNT dengan rasminya mencabar Mohd Kamal untuk berdebat secara terbuka berkaitan perkara hudud ini. Kita mahukan debat ini terbuka kepada semua agar segala kekusutan yang sengaja diada-adakan berkenaan hudud oleh BN akan terurai. Mereka mesti berani, jangan lempar batu sembunyi tangan,” tegas beliau.

Ulasan :

Nasihat saya, UMNO boleh terima cabaran daripada PAS ni tetapi harus diingat bahawa PAS sebuah parti yg bongok dan sombong. Yg pasti mereka akan menyerang peribadi jika berada dlm keadaan terdesak nanti.

Satu lagi sebab UMNO tidak wajar terima pelawaan ini ialah kerana PAS bukannya parti Islam, so takde sebab utk berdebat mengenai hukum hudud Islam.

Apa yang pasti bukannya UMNO yang melempar batu dan menyorok tangan tetapi PAS yang berbuat demikian sebenarnya. Berapa banyak batu yg PAS lontarkan kepada UMNO sehingga berdarah hati dan tanpa sebab mengkafirkan orang² UMNO.

Tak perlu berdebat utk bg penerangan pada masyarakat. Tonton saja video kat bawah ni, pastinya masyarakat lebih faham.


Post a Comment

4 Comments

  1. Aku sokong Ustaz Fathul Bari..penjelasn beliau sungguh mantap dan meyakinkan...

    Sebenarnya PAS tidak berkata benar tentang undang undang islam. Bagi mereka undang undang islam ialah hudud dan jika tak dilaksanakan , maka dia kafir...

    Sebenarnya undang undang islam adalah luas. Hudud hanyalah sebahagian drp undang undang islam.

    kalau ada org islam berzina, kalau tidak ada 4 org saksi, maka tidak boleh dijtuhkan hukum hudud. Tapi, mereka yg berzina itu boleh dijatuhkan hukuman berdasarkan bukti seperti DNA dan sbgnya dgn hukum takzir dan bukannya hudud. Hukum takzir boleh diputuskan oleh hakim sepertimana yg dipraktikan di negara ini seperti penjra , sebat dan sebagainya...

    ReplyDelete
  2. Ngekkk lah PAS...urusetia majlis dah jemput tapi PAS tak datang. Bila dah kena hantam ajak debat plak.. apa lagi Ustaz Kamal, terima jer..ajar sket puak2 sombong neh..bila diajak seblum ni dia tak datang.

    ReplyDelete
  3. aku cadangkan mainkan dan siarkan berulang ulang2 kali "Amat HJ Hadi Mengkafirkan Umno" KO kan mereka ?Siapa saudara mu..ada kah LGE LKS,atau Kapal Sinki saudara mu di alam kubur.Buat PORK NIk dan Hadi awang sahabat LIM KWan YOU.

    ReplyDelete
  4. SETUJU DENGAN SHASHA2020

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..