Full Width CSS

Pemuda UMNO Tebrau Pun Cari Adam Adli



Pemuda Umno Bahagian Tebrau mendesak pimpinan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Halim memohon maaf segera ekoran tindakannya yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketuanya, Syahrin Md Jamaluddin berkata, Pemuda Umno bersama 120 badan bukan kerajaan (NGO) Perlimen Tebrau membantah tindakan biadab itu yang sepatutnya mempunyai nilai intelektual sebagai mahasiswa.

Menurutnya, keterbukaan Per­dana Menteri tidak sepatutnya disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencabar Pemuda Umno melakukan perkara di luar kawalan pihaknya.

“Apa rasionalnya Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri, sedangkan tujuan utamanya untuk menyerahkan memorandum dan ia disambut baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah?

“Sebagai ahli Umno, kita tergores dengan tindakan itu dan meminta dia bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah dilakukannya,” katanya ketika mengadakan demonstrasi aman selepas Majlis Pelancaran Program Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di Dewan Desa Cemerlang.


Ulasan :




Budak ni takkan mintak maaf lah. Dia ni jenis keras kepala. Nak² pula org yg support dari belakang tu mmg geng main belakang.


Geng² dari Pemuda PAS pun dah nyatakan sokongan pada Adam Adli hehe. Budak ni dah bleh jadi 2nd Anwar Ibrahim lah.


Takpe, kita tgk sampai bile dia nak terus begini. Jangan nanti tiba² kita dgr cerita, dia telah menjadi mangsa kerakusan Anwar pulak keh keh keh.

Post a Comment

0 Comments