Full Width CSS

PERINGATAN Daftar Ahli UMNO


Sesekali terbaca 'kisah' penghijrahan bekas penyokong² PAS yg menyertai UMNO, seronok pulak. Daripada 1 hingga ke angka 1000 lebih orang PAS telah masuk UMNO bermula dari tahun 2008 sehingga lah ke hari ini.

Kepelbagaian isu yg diputarkan sepanjang masa antara faktor penyebab berlakunya tindakan keluar parti ini, antaranya isu Mat Indera yang dianggap oleh PAS sebagai wira kemerdekaan dan juga rasa ketidakpuashatian ahli dgn prestasi wakil rakyat mereka.

Kemasukan bekas² ahli PAS ke dalam UMNO merupakan 'bonus' kerana UMNO cawangan & bahagian tidak perlu berkempen dan berusaha keras ke arah meyakinkan mereka ini supaya sertai UMNO.

Saya percaya di setiap UMNO cawangan, bahagian dan negeri mempunyai Exco Biro Keahlian. Cuma seperkara yang perlu dipastikan ialah selepas mendaftarkan mereka ini sebagai ahli UMNO..

1- Periksa umur ahli baru tersebut samada di bawah 21 tahun ataupun ke atas.
2- Jika di bawah 21 tahun, ikuti perkembangan mereka & sentiasa pelawa sertai program UMNO.
3- Jika berada di paras umur 21 tahun dan ke atas, periksa nama mereka di dalam laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) - klik sini utk mengetahui status pengundi ataupun tidak.
4- Andai kata belum berdaftar, pastikan mereka diberitahu mengenai perkara tersebut. Beritahu cara dan bagaimana utk mendaftar sebagai pengundi @ pemilih.
5- Perkara terakhir ini perlu diberitahu supaya kita tidak terlepas satu undi pun iaitu..
'PASTIKAN UNDI BARISAN NASIONAL'

Jika perkara ini sentiasa diamalkan, Insyallah UMNO akan terus menjadi kerajaan yg sedia berkhidmat utk rakyat. Ingatan bersama utk kebaikan bersama.


P/s: UMNO tidak menjanjikan syurga & neraka kepada ahlinya tetapi untung nasib itu ditentukan oleh diri sendiri.

Post a Comment

0 Comments