Full Width CSS

'Sivaji' Mai Mahkamah Pakai Baju Istiadat


Apa agaknya akan berlaku jika setiap wakil rakyat/ahli parlimen yang dibicarakan dalam mahkamah membudayakan pemakaian pakaian rasmi istiadat dan parlimen di negara kita.

Apakah lakonan Anwar dan ahli parlimen PKR lain cuba mempengaruhi keputusan hakim atau bertujuan untuk tunjuk kepada dunia yang mereka adalah wakil rakyat yang dianiaya kerajaan BN melalui penghakiman negara?

Dalam sejarah kes-kes mahkamah selama ini.., ada sesiapa pernah tengok orang tertuduh masuk perbicaraan memakai pakaian istiadat warna putih atau disebut Number One Dress.



Ia hanya dipakai pembesar seperti Menteri, Ahli Parlimen,pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya untuk hadiri istiadat.

Apa macam kalau baju istiadat seumpama ini di bawa masuk ke dalam perbicaraan apa lagi oleh tertuduh kes liwat?

Inilah nampaknya 'wayang' Datuk seri Anwar Ibrahim ketika hadir di kes liwatnya yang disambung bicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin.

Kes itu sepatutnya disambung semula 9 pagi namun ditangguhkan ke jam 12 tengahari kerana beliau menghadiri upacara perpisahan Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di pekarangan Parlimen.

Terdengar bisikan dikalangan beberapa orang di lobi mahkamah tak kan beliau tidak boleh salin sekejap dulu pakai pakaian lain sebelum ke mahkamah. - AgendaDaily

Post a Comment

0 Comments