Friday, January 28, 2011

Panduan Utk Pengundi DUN Tenang


Nampak logo BN, wajib pangkah !!

Tgk bawah utk MANUAL mengundi..



Amek pensil dan pangkah @ tanda @ lukis pada ruang kosong sebelah kanan logo parti.

Katakan anda tersalah pangkah @ tanda @ lukis pada mana² bahagian, tak mengapa. Asalkan anda tidak tanda pada kedua² bahagian calon.

Jaminan saya, jika undi BN. Kehidupan anda akan kekal bahagia spt sekarang dan Insyallah akan lebih baik pada masa akan datang. Pastikan logo BN jika hendak hidup aman & selesa ye.

Jika anda undi PAS, Insyallah anak cucu anda akan menyumpah anda selepas mati nnt kerana PAS akan menjual bangsanya nanti.

Tol 50 sen dibuang

PUTRAJAYA, 28 Jan: Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur berkuatkuasa Mei ini.

Tempoh konsesi sepatutnya tamat 2018, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media, sebentar tadi.

Kerajaan juga mengumumkan tidak ada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan cadangan penstrukturan tol tempoh konsesi, ia tidak dilanjutkan dan kerajaan tidak memberikan pampasan.

Penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught,Kuala Lumpur adalah pada Mei tahun ini berbanding tempoh sepatutnya iaitu 2018 adalah bukti keperihatinan Kerajaan BN melalui slogan Rakyat Didahulukan.

"Ia bermakna pengguna lebuh raya terbabit tidak perlu membayar tol dengan tarikh pelaksanaan berkuatkuasa selepas urusan dokumentasi selesai iaitu pada Mei 2011," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri.

Kerajaan hari ini mengumumkan penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penstrukturan itu membabitkan tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Katanya ia juga melibatkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur, yang dijangka pada Mei tahun ini.

"Sejajar dengan semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak besar kepada rakyat," kata beliau.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor.

Komen :

Alhamdulillah..
Memang inilah dinantikan semua rakyat sekitar Bandar Tun Razak. Walaupun tol tersebut hanyalah berharga RM0.50 sen sahaja tp dengan penamatan khidmat tersebut akan memberi sedikit keselesaan pd semua org ;D
Apa² tahniah pada Najib & Kabinet.. Lepas ni minta buang tol PLUS plak hehe..
Barulah rakyat didahulukan, pencapain diutamakan~

Khalid Gagap, hang buat apa??
Besaq kan teloq & buat sidang DUN tergempaq ja ka?? Hahahaa..


Ini gambar selepas tol Lebuhraya Timur-Barat yg akan dimansuhkan nanti.

Cuma lepas ni K'jaan BN tlg plak tgk isu kesesakan jalan raya yg terpaksa saya & ribuan pengguna lain tempoh di pagi hari.

Nk mintak tlg kt Khalid Gagap, mmg tak la.. Sbb dia suke pilih bulu mcm bulu Anwar~


Wednesday, January 12, 2011

Malaysia Masih Berhantu

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam.
Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu.

“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.

Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu.


Komen :

Nak tergelak pun ada bile Sheila compare kan drama Sakti Delima dengan Pancha Delima. Penerimaan & gambaran visual serta skrip nya sgt lain. Malas nk huraikanlah, sendiri paham sudah.

Sepatutanya LPF - Lembaga Penapisan Filem hebahkan awal² garis panduan kpd pembikin filem & drama apa yg bole dan tidak bole diadakan di dalam filem mahupun drama.

Saya utarakan pendapat ini bukanlah menyetujui ataupun menyokong berita ini tetapi saya rasakan rakyat M'sia hari ini suka dimomokkan dgn kisah² tahyul, syirik dan khurafat. Melihatkan penerimaan masyarakat hari ini dengan filem & drama begini sgt menyedihkan. Org M'sia takut hantu ker?

Baik dari anak-anak kecil sehinggalah org dewasa, masing² punyai pendapat yg sama tentang hantu. Apa semua ini? Bagaimana M'sia nk menuju ke negara maju menjelang tahun 2020 jika pemikiran kita masih di tahap lama & tidak moden.

Harapan tahun 2011 ni, K'jaan gariskan panduan ataupun letakkan syarat yg wajib dipatuhi oleh pembikin filem & drama utk diikuti. Ataupun had kan jumlah tayangan filem & drama seram tahunan sbg contoh utk tahun 2011 - 5 filem seram local, 5 filem seram luar negara & 5 drama..

Barulah M'sia tak diselubungi MISTERI~


Monday, January 10, 2011

Warga Asing Ohh Warga Asing~


Mungkin tuan puan pembaca sekalian dah lali dengan berita² mengenai penangkapan warga asing yg masuk ke M'sia tanpa permit, bekerja secara haram dan menyalahgunakan visa lawatan.

M'sia mmg terkenal dgn 'international' nya. Lihat shj rakyat dari negara mana yg tak penah sampai M'sia tercinta ni. Indon, Siam, Myanmar, Vietnam, Filipina, China, Bangla, Amerika, England, Europe, India dan lain² negara. Byk juga urusan perniagaan international dijalankan di sini. Salah satunya perniagaan menjual tubuh.

'Bisnes' ini didominasi oleh warga asing dari Indonesia & China. Terbaru pula wanita dari Kazakhstan, semestinya hangat di pasaran M'sia. Disebabkan hal ini, PDRM khususnya bahagian D7 menjadi sibuk utk menguatkuasakan undang² negara.

Saya terpikir & tertanya sendirian..
Apakah yg terjadi selepas mereka ditangkap, gambar dirakam & butiran diambil??

Adakah mereka diletakkan di depoh tahanan pendatang asing?
Adakah mereka dipenjarakan?
Adakah mereka diletakkan di bawah pengawasan Imigresen?
Adakah mereka diserahkan kepada kedutaan mereka?
Adakah mereka dilepaskan begitu shj setelah semua urusan selesai?
Adakah mereka diusir keluar dari M'sia?
atau..
Adakah mereka 'membayar' sendiri jaminan terhadap diri mereka?


Seakan tiada penyudahan permasalahan ini. Macam kes berulang² dgn org yg mungkin sama ditangkap lagi. Pelik gak sbb asyik tgk berita, D7 buat serbuan menangkap pelacur² warga asing.

Jika mereka diusir keluar dari negara ini, adakah mereka ini disenarai hitam oleh Imigresen?

Tuesday, January 4, 2011

Bahaya²

(klik utk paparan lebih jelas)
jgn tenung lama², dosa wooo..

Isk isk isk.. geleng kepala dibuatnya bila tgk pic ni.. Apa kejadahnya fesyen mandi begini..
Atas bertudung, pandang bawah berNAFSU tahap Adun Selising dibuatnya hahaha..

Gambar ni dirakamkan seorang sahabat ketika berkunjung ke A-Famosa baru² ni..

Anda tengok,
Anda lihat,
Anda nilaikan dan paling penting..
Anda banyak²kan beristighfar~ hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...