RapidkL

RapidkL

Monday, October 31, 2011

Cilako² Nik Aziz Maroh Sokmo


Jangan minta 'BERSIH' kerajaan persekutuan dan lain² perkara tetapi BERSIH kanlah diri kamu terlebih dahulu.

Pelacuran di negeri Kelantan telah lama terjadi, benar atau tidak berlaku?

Apa yg pasti orang tak akan bercakap kalo bendanya tidak benar tapi segala yg diberitakan adalah benar. Video di bawah ini menjadi bukti mengenai gejala pelacuran yg kian menjadi² di negeri Kelantan.

Negeri Kelantan Darul Naim atau lebih dikenali dengan panggilan SERAMBI MEKAH. Sedap dan indah sekali sebutannya.


Apa komen anda?

Sekarang mcmne? Tok Guru boleh bagi apa² komen tak?

Atau Tok Guru masih lagi mahu menyimpan cerita yg sebenar?

Minta maaf lah saya katakan kalo saya sebagai orang Kelantan pun, pasti saya akan terasa malu juga dengan apa yg dipaparkan ni.



Hah mana punye blogger yg buat Tok Guru, Nik Aziz marah ni..

Hahahaha geli hati den tgk Nik Aziz marah². Ingatkan pasal Kelantan tak dapat masuk final Piala Malaysia. Ini video dari cerita lain sebenarnya.

Di Kelantan ada sarang pelacuran yg bertaraf kampung² hehe. Waima bertaraf kampung sekali pun ia tetap pelacuran di negeri yg digelar Serambi Mekah. Masyallah~

So kepada 'hidung² belang' lepas ni tak perlu ke Siam, kat negara kita pun dah ada hihi.. :D

Meh usha secara ekslusif by Kickdafella - i follow..

Tambahan :

PUNCA KEMENANGAN PIALA MALAYSIA - PASUKAN NEGERI SEMBILAN

Hoben Jang Hoben

Anak Kandung Anak Bapa

Membacakan tajuk di atas pun dah membuatkan saya pening apatah lagi para pembaca sekalian. Melihat gambarnya pula begitu gila dan juga menakutkan.

Hal ini yg paling menakutkan saya tatkala memikirkan masa depan anak bangsa.

Mungkin hal ini barangkali jarang² kedengaran tetapi apabila ia mula menjadi trend pastinya ia akan lebih menakutkan kita sendiri. Sama lah spt trend gay yg telah lama kita dengar bermula dari zaman Nabi Luth dan kemudiannya Allah telah menurunkan bala yg dasyat menghapuskan ke semua umat Nabi Luth yg tidak beriman dan mempunyai nafsu songsang. Kini gejala gay kian mula meracuni negara² timur dan Malaysia sendiri tidak terkecuali.

Gejala ini sama spt berlaku pada manusia yg bernama Casanova. Seorang lelaki kacak dan telah meniduri ramai wanita di tempat² yg disinggahinya. Akibat daripada hal tersebut, Casanova tidak tersangka yg dirinya akan meniduri anak luar nikahnya sendiri dan anak luar nikahnya pula melahirkan anak daripada perhubungan haram tersebut.

Bayangkan perkara ini terjadi maka seluruh institusi keluarga akan runtuh dengan begitu saja. Samalah juga spt pertambahan anak² luar nikah yg semakin meruncing di negara kita. Apa yg penting perlu ada keterbatasan pada diri sendiri dan yg paling perlu ketaqwaan pada Allah S.W.T.

Al Kisah Rakyat

Inilah hakikat sebenar al kisah rakyat yang mengharapkan ahli politik & wakil rakyat dapat memberi khidmat bantuan kpd mereka.

Tapi sebaliknya rakyat telah tertipu dgn pelbagai janji palsu yg ditaburkan semasa kempen pilihanraya dahulu.

Biar pun mengetahui tanggungjawab selaku wakil rakyat tapi ada yg sengaja buat-buat lupa akan amanah tersebut.

Mereka lebey gemar berceramah di pentas-pentas politik dan menabur pelbagai cemuhan pada pihak lawan.

Jika tak minat berkhidmat utk rakyat, lebey baik berikan pada yg ikhlas berkhidmat. Jgn biarkan rakyat terus mengharap dan terus mengharap.

Friday, October 28, 2011

Anwar Menteri Kewangan Paling Awesome !!~



Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.

Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily.
Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.
Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit selama 14 tahun berturut-turut.
Dapatan ini dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.
Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.
“Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.
Ada lagi sambungan artikel ni tapi kalo diletak lagi dah jd bodoh pulak baca.


Ulasan :

Kenapalah masih ada pihak yg secara tidak warasnya membuat perbandingan ni??

Kalo dilihat dari perspektif penyokong tegar Anwar, pastinya mereka akan meyorak gembira dgn artikel ini. Yelaa mana kan tidak Anwar akan dilihat sebagai hero kerana telah 'berjaya' mengurangkan kadar hutang negara semasa zaman diri dia menjadi Menteri Kewangan.

Deyyy macha.. itu zaman tahun 90-an lah. Sekarang tahun 2011, zaman sudah maju.

Dulu henpon iPhone pun takde lagi.
LRT pun baru mula operasi.
Terowong SMART pun tak buat lagi.
Hiway DUKE pun takda lagi.
MAS pun belum nak paras bankrap
Lagi itu AIRASIA pun tak femes mcm hari ni.

Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.


1. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).
2. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) – % KDNK (GDP)
Malaysia5.6% (Terendah)
UK12.8%
Greek12.0%
Ireland11.7%
Sepanyol9.3%
Portugal7.3%.
3. Hutang Negara – % KDNK (GDP)
Malaysia34% (Terendah)
Sepanyol60%
Portugal82%
USA90%
Singapura98%
UK158%
Greek160%
Jepun200%
4. HUTANG PER KAPITA
MalaysiaRM7,918
(US$2,514)/seorang - Terendah
USAUS$31,000/seorang
Belanda,
Switzerland dan
US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden
dan Kanada
US$17,000/seorang
AustraliaUS$11,400/seorang
5. Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.
ISU – Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
PENJELASAN
1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:
2009 (Bilion)2010 (Bilion)
1.1 Hutang Sektor Awam:RM 13.8 (16.2%)RM 17.1 (20.0%)
a) Hutang Kerajaan PusatRM 71.6 (83.8%)RM 68.3 (80.0%)
b) PABK*RM 85.4RM 85.4
1.2 Sektor SwastaRM 70.0RM 64.2
1.3 Hutang Jangka PendekRM 77.8RM 72.1
JumlahRM 233.1RM 221.7
• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)
2. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.
3. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.
4. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.
5. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?
6. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.
7. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.
8. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).
9. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih rendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).
10. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada
(US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).
11. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...