Full Width CSS

Nasharuddin Memalukan Nama Bapa


Alhamdulillah,

Hari ini rakyat Malaysia semakin sedar dimana satu kaca dan dimana satu berlian, rakyat Malaysia juga sudah mula menilai setiap berita yang diterima dari Internet tidak semestinya benar belaka.

Terbaru dalam isu yang di hebohkan oleh media Australia terhadap percutian Dato Seri Najib dan keluarga beliau yang dikatakan bershoping sakan telah menunjukkan dengan terang fitnah yang khususnya dibuat terhadap keluarga Perdana Menteri dengan niat yang amat busuk.

Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Hassan Tantawi turut menggunakan berita firtnah ini untuk menuduh Datin Seri Rosmah dengan niat mahu memburukan keluarga Perdana Menteri.

Seorang yang digelar Ustaz dan sering berserban dan bercerita tentang sesuatu yang tidak pasti di dalam Twitter, adakah ini yang kita perlukan didalam masyarakat kita?

Beliau sering kali menggunakan kata-kata dengan berlapikkan ayat Al Quran dalam masa yang sama menuduh tanpa asas keluarga Perdana Menteri terhadap isu yang tidak langsung releven untuk membantu pembangunan negara mahupun Islam.

Sebelum ini, media Australia juga telah memfitnah keluarga Perdana Menteri dengan menuduh anak Dato Seri Najib turut serta bercuti sedangkan anak beliau berada di Kuala Lumpur dan tidak kemana-mana, akibat dari itu, satu permohonan maaf sudah dibuat untuk memperbetulkan kenyataan akhbar itu.

Fitnah ini merupakan fitnah yang tersusun yang melibatkan seorang Gay yang rapat dengan golongan Gay di Malaysia, seperti pendedahan pisau.net.

Saya nasihatkan Nasaruddin agar bertaubat dan mohon maaf kepada keluarga Perdana Menteri kerana kamu sudah menfitnah mereka. Dosa kita dengan Allah mungkin dapat diampunkan sekiranya kita bertaubat, tetapi ini dosa sesama manusia. kamu lebih tahu dari saya.


Sumber : Suara Razlans




Ulasan :


Nak minta maaf tak ni?

Post a Comment

0 Comments