Full Width CSS

RM20 Makan Bersama Pemimpin PAS


PAS Putrajaya mensasarkan kutipan sebanyak RM50,000 berjaya diperoleh pada program ‘Makan Tengahari sempena Maulidur Rasul bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub’ pada 5 Februari ini.
Ketua Dewan Pemudanya, Mohd. Khoirol Anwar Mat Zuki berkata, itu, program makan tengahari itu disasarkan untuk mengutip dana tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.
“Tiket berharga RM20 seorang dijual dengan harapan penyertaan daripada pelbagai peringkat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Khoirol Anwar berkata, majlis makan tengahari tersebut dijadual diadakan di Dewan Kondominium Saujana Aster, Jalan P11H/1, Presint 11, Putrajaya.
Sumber : MyNewsHub

Ulasan :
Dah kesian plak saya tengok PAS ni, sehinggakan nak MAKAN TENGAHARI BERSAMA PEMIMPIN pun dikenakan bayaran RM20? Dah la makan tenghari bersama Salahuddin Ayub, dah tu makan bersempena sambutan Maulidur Rasul.
Adakah menu nya seperti dlm gambar di atas? Hehe..
Aduhaiii MasyaAllah. Begitulah tekad dan azam PAS utk mengumpul RM50,000 yg akan dijadikan dana PRU akan datang.
Persoalannya. Siapakah yg bakal mengaudit duit² tersebut dan siapakah yg akan memegang tanggungjawab menyimpan duit tersebut yg akan DIGUNAKAN semasa PRU nanti? 
Ini persoalan yg harus diambil tahu oleh semua ahli² PAS yg bakal makan tengahari bersama Salahuddin Ayub tu nanti. Wajib ambil tahu ke mana duit tu nanti supaya nanti tidak tertipu utk kali ke berapa entah oleh PAS.
Kalo nak tengok orang lain jadi TELUS dan AMANAH, perlu pastikan diri sendiri pun begitu juga TERLEBIH DAHULU.

Post a Comment

1 Comments

  1. Daripada makan tengahari bersama Din Puduraya sambil *menderma* RM 20.00...lebeh baik aku makan tengahari bersama isteri ku...lebeh romatiq.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..