Full Width CSS

SPAD Mengamuk Di Klang

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kpd Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana telah berjaya memberi tekanan kpd pemandu-pemandu teksi dan kereta sewa yg melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas di sekitar Bandar Klang.

Antara kesalahannya tidak menggunakan meter dan mengenakan caj sehingga tiga kali ganda utk jarak perjalanan dekat.

Bagi saya, langkah penguatkuasaan undang-undang ini sgtlah wajar dan haruslah kerap diadakan utk membanteras kegiatan tidak sehat 'duta' kecil negara ini.

Alang-alang SPAD mengamuk ni, saya ingin cadangkan kpd SPAD supaya bersegera menguatkuasakan undang-undang di Pulau Pinang. Pulau Pinang memang terkenal di mana meter di dalam teksi hanya dijadikan sebagai hiasan ataupun aksesori tambahan shj.

Saya sendiri mempunyai pengalaman menaiki teksi di Persiaran Gurney. Cuaca pada hari tersebut agak panas. Saya mengambil teksi dari hadapan Gurney Plaza menuju ke Gurney Hotel yg mana jaraknya lebih kurang 1km.

Bayaran yg dikenakan sebanyak RM10 utk perjalanan tidak sampai 5 minit. Air cond pun tak sempat rasa. Saya masih sempat berdebat dgn pemandu tersebut. Pelbagai alasan diberikan pemandu teksi tersebut, antaranya.

• caj biasa yg dikenakan terlalu murah, • kurang pelanggan,
• byk pesaing (teksi, kereta sewa & teksi sapu) dan
• hidup mereka susah tak spt pemandu teksi kL.

Memikirkan dia bakal menyambut Tahun Baru Cina, mungkin dia nk cepat kumpul duit raya maka saya bayar saja dgn rasa tak puas hati kerna apabila saya minta resit, dia kata kertas resit habis bla bla bla.

Alasan-alasan tersebut memang tak bole diterima langsung. Bagi saya, utk mendapatkan TUNAI dgn cepat ialah dgn membawa teksi. Caranya, pemandu mesti rajin mencari penumpang (tanpa turun teksi) bkn mencekik penumpang yg tak bersalah spt saya.

Saya percaya di Lembah Klang pun suasananya pun begitu. Bimbang nanti Malaysia bakal dicap sbg negara yg mempunyai pemandu-pemandu teksi cekik darah dan SPAD bakal dilabel sbg suruhanjaya tak guna. Adalah lebih baik bertindak mencegahnya sekarang.

Jgn jadikan kekurangan staf atau penguatkuasa sbg alasan. Dari zaman Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dahulu pun alasan kurang kakitangan. Jika tak cukup staf, ambik staf baru lah.

Jgn lambat bertindak kerna nanti buruk lg jadinya.


P/s: denda RM500,000 tu dh ada yg kena ker atau sekadar POYO-POYO jer?

Post a Comment

0 Comments