Full Width CSS

Tidak Mustahil Bakal Ada Di Malaysia

Video kat bawah ni menunjukkan seorang lelaki yg cuba utk meragut beg tangan wanita tersebut secara paksaan dan akhirnya menikam² wanita tersebut sehingga mati tanpa dibantu oleh sesiapa.



Itu satu. Lihat ini pula.



Ini yg dinamakan surviving ataupun ihtihar hidup. Anda terpaksa melakukan apa saja utk hidup.

Itu di China. Di Malaysia, kita belum sampai tahap tu lagi. Tapi sekarang ni pun dah ada la skit², lakukan apa saja utk hidup ataupun menipu apa saja asalkan dapat duit BR1M RM500 tu.

Setelah melihat reaksi ramai terhadap video terbaru yg 'dihasilkan' oleh rakyat China, saya sendiri dapat menilai bahawa masyarakat di sana memang sangat PAILANG dan sangat KOMUNIS sikapnya.

Bagaimanapun ada satu persamaan perangai yg ada di kalangan bangsa Malaysia kita dgn China ialah teringin amek tahu tetapi tidak membantu. Sukar sekali kita melihat org² di Malaysia khususnya, membantu org lain yg berada dlm kesusahan.

Seperti kes eksiden jalan raya. Orang Malaysia gemar memperlahankan kenderaan utk melihat dan berkata seperti ini..

"iskkk mesti laju budak ni.." ataupun "hah padan muka, sapa suh bawak laju haha" 

Ini perangai jelik yg ada dalam diri org Malaysia. Sikap begini harus dikikis dan digantikan dengan sikap ingin membantu bawa mangsa utk sampai lebih cepat ke hospital atau apa saja bantuan yg boleh diberi.

Transform minda dan transform diri.



Post a Comment

0 Comments