Full Width CSS

Blogger Pro Anwar Ibrahim Cuba Coverline

"I support all effort to protect the security of the state of Israel" - said Mr. Anwar Ibrahim

Hairan juga melihat reaksi blogger pembangkang masih ingin menegakkan benang yg basah walaupun kebenaran yg cuba ditegakkan nampaknya seakan² menjerat diri sendiri.

Selepas kontroversi dengan pengeluaran artikel dari wartawan Shibani Mahani dari Wall Street Journal pada 26 Januari lepas mengenai kesetiaan Anwar menjaga 'keselamatan' negara Israel kononnya kini terdapat pula dakwaan Anwar Ibrahim masih lagi tatap akan terus berjuang menegakkan hak kepada negara Palestin.
Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Hamas, Khaled Mashal

Artikel blogger tersebut yg berbunyi seperti di bawah..

"Dalam tempoh seminggu sahaja, Anwar telah pun menemui pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam rangka mengiratkan persaudaraan seperti Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin, Sheikh Abdul Qadir,warga negara Saudi, Imam Masjid di Mekah, pemimpin masyarakat Islam setempat, Sheikh Kabbali, A Gafur Amin, Dr Umar Jamjum dari Universiti  King Abdul Aziz, Dr Abdul Hamid Sulayman, Ulamak Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Maliki, dan juga Secretary General OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu."



Apakah makna ini semua? Kita bolih menjawabnya, dengan pertemuan dalam rangka mengiratkan lagi sillaturrahim ini, maka tuduhan parti Umno dan juga kerajaan di mana Anwar adalah kawan, penolong dan talibarut Israel ini terlucut dengan serta merta.
Kedua, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar masih lagi pemimpin dunia Islam yang menyokong penuh pergerakan membebaskan Palestin dan juga beliau adalah pemimpin dunia Islam yang bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain.

Pada tanggapan para pembaca sekalian, apakah yg cuba dimainkan oleh Anwar Ibrahim sekarang ini?

* Adakah Anwar Ibrahim akan menjadi org tgh kepada usaha mendamaikan Palestin - Israel Laknatullah, atau bersekongkol bersama Israel tetapi pada masa yg sama menjadi gunting dalam lipatan kpd negara Palestin.

Anda pilih dan Anwar Ibrahim bakal tentukan.


Anwar Ibrahim bersama Ulama Tersohor, Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi (mangsa penipuan Anwar)

Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia yang beraspirasikan Islam dalam memerintah sebuah kerajaan tidak perlu sangsi dengan Anwar, malah hendaklah yakin dengan Anwar dalam menegakkan dan memerintah negara dengan beraspirasikan nilai-nilai Islam ini. Dengan itu janganlah mereka terkongkong dengan mentaliti jumud, yang mana Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam.

Memang ya dalam gambar, Anwar bertemu dengan 2 orang pemimpin Islam. Tetapi soalnya adakah Anwar Ibrahim ikhlas memperjuangkan pembebasan negara Palestin?

Jika Anwar Ibrahim ikhlas dan yakin benar, dia perlu mengambil tindakan terhadap wartawan Wall Street Journal yg telah merosakkan nama 'baik' nya di mata pemimpin Islam dunia.

Anwar Ibrahim juga harus akur dengan permintaan pemimpin Islam di Malaysia terutama rakan sekutu dalam Pakatan Rabak jika masih mahu terus dilabel sebagai 'pemimpin' Islam.



Berfikirlah menggunakan akal supaya tidak diperbodohkan dgn alasan² yg tak masuk akal dan berfikirlah menggunakan akal supaya tidaka mengatakan artikel ini sbg sebuah artikel politik dgn alasan² yg tidak masuk akal.


P/s: sampai bila kita akan terus ditipu oleh penipu?

Post a Comment

2 Comments

  1. si lidah biawak main wayang lg la tu..org m'sia abis ditipunya..next victims arabian!

    ReplyDelete
  2. Mestilah dia je yang betol

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..