Full Width CSS

Bukti BN Kota Janji


Ini antara bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji yg telah ditaburkan semasa Pilihanraya Kecil Manek Urai, pada tahun 2009.

Pada PRK tersebut, calon PAS telah menang menewaskan calon BN daripada UMNO.

Pada kempen pilihanraya tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji jika BN menang, penduduk Kampung Manik Urai akan dapat kemudahan jambatan dan pelbagai lagi lah.

Walaupun BN tewas pada PRK tersebut tetapi JANJI TETAP JANJI. Apa yg dijanjikan oleh TPM tetap dilaksanakan juga demi kepentingan penduduk kampung tersebut meneruskan kelangsungan hidup yg sempurna.

Projek pembinaan jambatan ini telah tertangguh disebabkan masalah teknikal yg berlaku seperti pembelian tanah, reka bentuk dan lain-lain. Kos pembinaan sepatutnya bernilai RM8juta telah meningkat ke angka RM17juta disebabkan masalah² tersebut.

Bagaimanapun menurut sumber, banyak lagi janji seperti membaik pulih rumah bernilai RM1.5 juta telah siap dilaksanakan empat bulan selepas BN tewas di kawasan tersebut. Kos membina gelanggang sukan di Kampung Manjor bernilai RM300,000 telah berjaya disiapkan dan juga telah digunakan oleh penduduk.

Janji Pakatan dah ditunaikan ker belum?


Post a Comment

0 Comments