Full Width CSS

50% Kadar Tol Mansuh - BN Bagus

Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor berang apabila Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak 'pandai-pandai' umumkan pemansuhan kadar tol sehingga 50%.


Ini kerana Khalid Ibrahim baru bercadang mahu umumkan pengurangan kadar tol sekitar RM0.20 hingga RM0.40 pada hujung minggu ini di Plaza Tol yang sama. Bagaimanapun hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana Khalid menyifatkan Najib seperti seorang Mat Rempit yg potong tang corner.

Khalid yang dihubungi sebentar tadi sedang berada di dalam bilik rawatan kerana tersedak air kopi cap kapal api ketika Najib mengumumkan pemansuhan Plaza Tol tersebut.


Hahaha dengar cerita, pembangkang sedang main isu plaza tol juga ni keh keh keh. 

Dorang kata kenapa tak mansuhkan semua plaza tol di Lebuhraya Grand Saga tersebut dan ada juga yang tanya mengapa Plaza Tol Batu Tiga tidak dilakukan sesuatu.


Jawapannya sangat mudah, biar saya tolong jawabkan untuk kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat kena tolong kerajaan dan kerajaan akan tolong rakyat pula. Kena saling tolong menolong lah.

Tapi ada juga rakyat yang keraih kepala. Takmo tolong kerajaan. Tapi adakah kerajaan Barisan Nasional mempunyai sifat seperti mereka ini?

Tentulah tidak kerana kerajaan masih juga akan TETAP membantu rakyat tersebut tetapi lambattttttttttttt sikit lah hahaha.

P/s: so Khalid ada bercadang mahu bagi diskaun atau mansuh Plaza Tol Batu Tiga? 


BN Bagus !~

Post a Comment

0 Comments