Full Width CSS

Blogger Panglima Perang Cyber Kemalangan



Pagi tadi kira-kira jam 4 pagi sewaktu menuju KLIA Panglima ditimpa kemalangan agak ngeri seperti gambar anda dapat saksikan.

Ketika kejadian yang berlaku begitu pantas, Panglima yang sedang membuat zikir harian sambil memandu, tidak sedar sudah melanggar dinding konkrit tepi jalan dan terbalik.

Selepas itu tanpa membuang masa Panglima menendang cermin pintu pemandu sebelum merangkak keluar khuatir kereta yang berusia 15 tahun jenama Mazda Cronos tersebut, meletup seperti kebiasaan jika kereta terbalik.

Mujurlah tali pinggang dipakai dan ia banyak menyelamatkan Panglima dari tercampak keluar ke jalan raya.

Selepas menghubungi pihak polis, ada anggota yang baru balik bertugas membantu mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kemalangan lantaran kereta Panglima terlentang atas jalan.

Baca lagi di blog Panglima Perang Cyber.

P/s: Allah bersama hambaNya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillahhh.... selamat...

    ReplyDelete
  2. syukur dia selamat. harap dia tak kata konspirasi

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..