Full Width CSS

Dah Lama Tenggelam Baru Nak Bantu

Apa lah malang nasibmu wahai penduduk Selangor. Saya tumpang simpati atas nasib penduduk² seluruh negeri Selangor. Tidak kira la sama ada mereka telah mengundi Pakatan ataupun yang benar² setia kepada Barisan Nasional, saya tetap simpati.

Apa kejadahnya sudah lebih hampir 2 minggu kejadian banjir besar melanda penduduk Ampang dan Hulu Langat. Kenapa baru hari ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir?


Ini kenyataan dari Sekretariat Akbar Negeri, Pejabat MB Selangor.


Kerajaan Negeri  telah mengenal pasti 11 buah rumah yang rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Mac lalu, dengan kos kasar pembaikan dianggarkan sebanyak RM 105,000.

Rumah-rumah ini dicadangkan untuk diperbaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB  Khasim Abdul Aziz.  Kesemua rumah ini dimiliki penduduk tempatan bukan berstatus penyewa.

Setiap pemilik rumah ini akan menerima bantuan antara RM 1,000 sehingga RM 30,000 bergantung kepada tahap kerosakan. Terdapat sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan Kerajaan Negeri bercadang mengantikan rumah baharu di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kebanyakan rumah-rumah ini mengalami kerosakan pada dinding, dapur dan siling yang perlu dibaiki untuk membolehkan pemiliknya menduduki semula rumah mereka.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ditambah kepada RM 1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa-mangsa ini.

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor oleh DYMM Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sangat prihatin dengan beban yang ditanggung mangsa banjir dan langkah segera akan diambil untuk mengelak kejadian sama berulang termasuk menyegerakan kerja-kerja mendalamkan sungai.

Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang diketuai Exco negeri, YB Rodziah Ismail juga  mengadakan program gotong royong membersihkan rumah penduduk pada 17 dan 18 Mac baru-baru ini.

Anggota sukarelawan PANTAS membantu mangsa banjir membersihkan peralatan rumah yang ditenggelami air, membersihkan sampah sarap dan longkang yang dipenuhi lumpur, membersihan surau selain memberi bantuan pakaian dan makanan.


Hmmm..

PANTAS yang tidak pantas. Bila ditubuhkan pertubuhan ni? 16 Mac 2012 ker?
Apa yang nak dibanggakan sangat PANTAS tu membuat gotong royong? Semua kerja² tu dah diselesaikan oleh UMNO, BN, Majlis Belia dan lain² NGO.

Baca sini.
Rujuk sini.
Tengok sini.

Kalau lah UMNO dan BN tak turun membantu, mahunya penduduk yang terlibat tu mengamuk jadi hantu.

Hanya 3 perkara saja saya terfikir :
1- mungkin kerajaan negeri Selangor sengaja mahu umum bersempena Perasmian Pembukakaan Dewan Negeri atau,
2- mungkin kerana kerajaan negeri nak jimat banyak selepas UMNO dan BN membantu & keluarkan peruntukan lebih awal atau,
3- mungkin kerajaan negeri mengambil masa yg panjang untuk mencari kontraktor (kwn² sendiri), membahagikan jumlah % antara satu sama lain dan juga mengSONGLAP sikit duit rakyat seperti biasa dilakukan tu (kes pasir).

Tapi sebagai manusia, saya sangat² malu akan tindakan PANTASSSS LAH SANGAT kerajaan negeri Selangor menghantar SUPERHERO kebanggaan Khalid Gagap. Badan pun dah sama besar macam Khalid Gagap.

Tak dapat saya bayangkan jika saya merupakan mangsa banjir tersebut dan melihat badut ni cuba menHAPPYkan saya. For sure tempatnya ke dalam banjir, saya campak.

Tapi sekalung TAHNIAH juga kepada PAS yang pantas untuk membantu mangsa² banjir. Tapi kemusykilan juga timbul daripada niat 'ikhlas' mereka itu. Ikhlas ka atau menunjuk?


Hang pikiaq lah sendiri.

Post a Comment

0 Comments