Full Width CSS

Inilah Pengorbanan Anggota @PDRMsia @HishammuddinH2O

Menonton video ini berulang kali, sayu hati saya melihat anggota Polis yang dirempuh oleh sebuah bas di CIQ, checkpoint imigresen Johor Bahru.

Bas tersebut dipandu laju semasa membelok susur (mungkin laluan lori & bas shj) ke kanan melanggar seorang anggota Polis trafik sebelum melanggar sebuah lori di hadapannya.

Lihat video di bawah.



Takziah kepada keluarga mangsa, Koperal Ismayuddin Ismail, 50 tahun.

Inilah harga pengorbanan yang terpaksa dibayar oleh 120,000 anggota Polis Malaysia setiap hari demi menjamin keselamatan dan keamanan negara.

Kepada anggota Polis seluruh negara, teruskan berkhidmat dengan agama, bangsa dan negara tercinta.


Al Fatihah
kepada arwah dan seluruh perajurit yang telah berjuang demi negara Malaysia

Post a Comment

1 Comments

  1. 1) It's very sad to learn the life of PDRM traffic policeman is perilous.
    2) The bus driver should be charged as murderer for killing the traffic police man (PDRM) with the bus as a weapon.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..