Full Width CSS

Jual Agama Percuma Di Selangor


Keris amat terkejut setelah membaca blog Selangor13 yang memetik tulisan Halizan Puchong berkenaan dengan isu Kalimah Allah daripada jata kerajaan negeri Selangor. Biadap! Khalid Ibrahim harus beri penjelasan dan Keris pohon semua bloggers mahupun pembaca mendesak MB Selangor ataupun mana-mana Exco Negeri Selangor supaya tampil kehadapan memberi penjelasan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor. 

Ini adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh dibuat main-main. Dengan terjadinya begini, pada siapa harus dipersalahkan?


Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dengan tersisinya kalimah Allah dari jata kerajaan negeri Selangor?

Adakah ini petanda kuasa Islam dinegeri tercinta ini kian terhakis dan dengan terhakisnya kekuasaan Islam di Selangor, pihak-pihak yang berkenaan boleh berbuat sesuka hati?


Apakah dengan dicerminkan 'billboard' air percuma kepada rakyat Selangor, maka Kalimah Allah telah boleh disisikan dari jata kerajaan negeri Selangor?

Tidakkah pihak yang menjadi pentadbir negeri Selangor yang majoritinya Muslim terkesan dari apa yang terjadi kepada iklan yang memaparkan perkhidmatan kerajaan mereka kepada rakyat Selangor?


Perbuatan durjana seperti diatas dan digambar dibawah jelas menunjukkan agama Islam sudah menjadi bahan mainan kepada mereka didalam Pakatan Rakyat.

Baca lagi di sini.

Post a Comment

0 Comments