Monday, March 12, 2012

Kaum India Wajib Berhati-Hati Pilih Kerajaan




Kaum India di negara ini diingatkan agar berhati-hati ketika memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang agar tidak menyesal di kemudian hari.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, pilihan harus dibuat bukan saja berdasarkan rekod dan kejayaan dalam mentadbir negara, tetapi juga sumbangan terhadap semua kaum.

"Nak ubah kerajaan ini senang tapi kita kena fikir risiko yang akan dihadapi. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan janji pihak pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, saya minta kaum India supaya mengundi Barisan Nasional (BN) 100 peratus,” katanya di sini malam tadi.

D'Cruz juga berkata, berdasarkan maklum balas, sokongan kaum India kepada BN semakin meningkat, khususnya di kawasan estet dan luar bandar.

Terdahulu ketika berucap, D'Cruz berkata, program Komuniti Sihat 1Malaysia bertujuan memberi kesedaran kesihatan dan mewujudkan masyarakat yang sihat.

Program sehari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti rawatan kesihatan, pameran kesedaran kesihatan, sukan rakyat, lawatan kesihatan dari rumah ke rumah dan malam kebudayaan.

Ulasan :

Jangan pilih juga pemimpin yang tak tentu akhlaknya serta kelihatan seperti dungu dengan cuba memenangi hati kaum lain walaupun terpaksa menolak kebelakang pegangan agama sendiri.

Orang sebegini tidak tetap pendiriannya. Bila² masa boleh berubah fikiran hehe

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...