Full Width CSS

Malang Bagi Selangor, Ada Speaker Bodoh

Apa lah punya bengap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang mengirim message / mesej kepada ahli dewan mengenai peringatan kepada exco² negeri supaya memberikan hujah² yang terbaik pada sidang hari ini.

Kebodohan Speaker, Teng Chang Kim mengundang padah apabila mesej tersebut sampai di tangan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan ADUN Bebas kah kah kah.


Rentetan dari kebodohan tuan Speaker telah membuatkan Adun² Barisan Nasional bertindak keluar parti dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan berat sebelah Speaker.


Kandungan teks seperti di atas,

"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now"

Menarik bukan kenyataan tersebut. 

Apabila bercakap mengenai kejayaan terhebat kerajaan Pakatan Selangor, saya teringat satu komen di dalam blog ini yang diterima sebentar tadi mengenai artikel Bukti Kerajaan BN Bagus.

Komen tersebut seperti gambar di bawah.


"Dahulu bila BN perintah, lesen perniagaan pasar malam senang untuk dimohon atau renew. Harga kutipan sampah juga murah RM3 sepetak. Sekarang Barisan Alternatif memerintah. Harga RM4, nak renew lesan pun macam² cerita.

Nak ssm (suruhanjaya syarikat malaysia), gambar, surat dari persatuan pasar malam dan macam². Dulu sebelum menang diorang kata nak tolong rakyat tetapi memang tak boleh percaya lagi pada diorang. Ini baru meniaga pasar malam. Belum lagi perniagaan yang lain².

Tak pa la, nanti election 2012. Saya pasti pangkah BN, saya tak minat pun pasal politik ni. Tapi saya menyokong orang yang menyenangkan dan menolong para peniaga kecilan seperti saya ini. Saya harap BN dapat merampas kembali kerusi DUN Lembah Jaya dan Pandan.

Buruk² BN, diorang ada kelebihan tersendiri. Ini kali pertama saya akan mengundi tahun ini 2012. Semoga BN berjaya. Roxxo Kristus, 27 Years -Ampang"


Saya percaya pemberi komen ini bukan dari bangsa Melayu. Ternyata sekali, kaum lain pun mempunyai perasaan meluat dengan janji² yang pernah ditawarkan Pakatan Haram.






Post a Comment

0 Comments