Full Width CSS

Mangsa Banjir Ulu Langat Perlukan Bantuan

Penderitaan yang dialami oleh lebih 600 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Batu 10, Ulu Langat mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sini adalah antara mangsa yang paling teruk dilanda banjir akibat hujan lebat selama lebih tujuh jam bermula lewat petang Selasa. Lebih 200 buah rumah di sekitar Ulu Langat dinaiki air yang naik secara mendadak dan menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah secara tergesa-gesa.

Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sungai Serai , Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyalurkan bantuan segera berupa makanan dan minuman yang disampaikan oleh Exco MBM, Sdr Abdul Rizam Mohd Akhir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda dan Sdr Rhayme Yahaya.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan berupa wang ringgit, boleh menghubungi Sekretariat MBM di talian 03-9173 2761 atau talian faks 03-9173 2759 atau emel mbm@belia.org.my atau cek di atas nama MAJLIS BELIA MALAYSIA No: Akaun 0140 2040 6995 Maybank.

Tuan puan juga boleh menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian dengan menyerahkannya kepada Sekretariat MBM beralamat Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Semua sumbangan tuan puan akan diserahkan terus kepada mangsa-mangsa terbabit.

Tambahan :

Pada esok hari (Ahad, 11 Mac) jam 9 pagi akan diadakan gotong-royong membantu mangsa banjir di Lembah Jaya Utara Ampang.

Sekarang ni misi untuk menghantar bantuan-bantuan seperti makanan & keperluan asas amat diutamakan dan diperlukan.

Untuk pihak yang ingin menyumbangkan barang-barang seperti yang disebut di atas, bolehlah berbuat demikian di khemah Khidmat Banjir BN.

Esok juga dijangka Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak akan turut turun padang membantu apa-apa yang patut.

Post a Comment

0 Comments