Full Width CSS

Najib Mampu Lah Belanja RM400k Tuh

Identiti wanita pekerja Hotel Shangri-La yang dikatakan telah bertindak 'menjual' borang pesanan 'Majlis Banquet' pertunangan anak Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah dikenal pasti dan akan didedahkan dalam masa terdekat. (Nantikan eksklusif yang mana kemungkinan besar wanita ini akan disaman serta diberhentikan kerja)

Sebelum ini PKR mendakwa majlis pertunangan yang berjumlah RM409,767 itu dibiayai oleh Pejabat Menteri (PMO) ekoran invois yang dialamatkan secara terus kepada pejabat berkenaan. Walaupun kenyataan PMO dan pihak hotel sebelum ini yang menafikan bahawa kos tersebut dibayar PMO sebaliknya ianya dibayar sendiri oleh DS Najib dan keluarganya, ianya dilihat masih gagal menyakinkan banyak pihak.

Benarkah selaku seorang Perdana Menteri beliau tidak akan mampu berbelanja hampir setengah juta hanya untuk satu majlis pertunangan?

Menurut satu sumber yang diemelkan (dihantar oleh seseorang yang mendakwa ini tangga gaji PM & TPM tahun 1997-1999 semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM) - tangga gaji bagi seorang Perdana Menteri pada tahun 1999 serta Timbalannya adalah :

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit, tidak boleh didedah (OSA).
2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit.
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jika benar maklumat yang dikirimkan kepada saya di atas secara puratanya pendapatan bulanan bagi seorang Perdana Menteri adalah RM55,650.00.

Mengikut ilmu hisab yang saya belajar dari Siti Sifir - anggaran kasar pendapatan tahunan seorang Perdana Menteri adalah RM667,800.00 dan jumlah ini belum ditambah dengan lain-lain kemudahan serta elaun-elaun yang telah diperuntukkan kerajaan kepada PM dan TPM.

Jadi adakah seorang Perdana Menteri yang mana bapanya juga merupakan bekas Perdana Menteri tidak mampu untuk menampung kos berjumlah setengah juta jika dikira dengan pendapatan yang diperolehi oleh beliau?

Itu belum dikira dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh...

Adik kepada DS Najib Tun Razak iaitu DS Nazir Razak dari CIMB Groups dan OSK Holdings (mengikut majalah Malaysian Bussiness tahun 2008) yang merupakan antara 40 individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak USD 100 juta.

Logikkah tuduhan PR bahawa DS Najib Tun Razak dan keluarga TIDAK MAMPU membiayai sendiri kos pertunangan sedangkan arwah bapa, adik beradik DS Najib Tun Razak mempunyai kekayaan sendiri yang mana ada diantara mereka memperolehi kekayaan sebelum DS Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri?

Harus diingat, individu yang melangsungkan majlis pertunangan iaitu Nooryana Najwa merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia sudah tentulah DS Najib Tun Razak selaku bapa dan juga Perdana Menteri Malaysia perlu melaksanakan kedua-dua tanggungjawabnya iaitu dengan melangsungkan majlis yang melibatkan anaknya secara besar-besaran kerana tetamu yang dijemput melibatkan individu penting negara seperti DYMM Agong dan Permaisuri, Kerabat-Kerabat Di Raja dalam dan luar negara.

Itu belum lagi kita cerita mengenai perkahwinan yang melibatkan artis 'meggi segera' di Malaysia ini yang mana ada di antara mereka melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran malah khidmat helikopter turut digunakan.

Jadi usah hairan sangat dengan jumlah yang dibelanjakan PM untuk majlis Nooryana Najwa, kerana ianya adalah majlis biasa bagi seorang VIP lebih-lebih lagi individu tersebut adalah Perdana Menteri, cuba periksa jumlah yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim untuk perkahwinan Nurul Izzah yang mana bapanya merupakan bekas banduan.

Dengar-dengar perkahwinan Nurul Izzah dilangsungkan dalam gilang-gemilang, yang mana pada waktu itu jika dikira pendapatan Anwar Ibrahim sebagai pensyarah jemputan di Universiti berapalah sangat...

Mungkin PKR dan Rafizi Ramli lebih suka DS Najib Tun Razak tunangkan anaknya secara diam-diam, lepas itu nikahkan secara diam-diam di sempadan Siam akhirnya ianya menimbulkan fitnah dan syak wasangka sebagaimana Anwar Ibrahim lakukan kepada Kak Wan masa muda-muda dulu.

Orang kata... bukan saya kata... cuba cek tengok... kikikiki... 



Sumber : tun faisal dot com


Ulasan :


Selepas ni, ramai orang takut nak booking dewan or buat apa² majlis di Shangri-La. Sebab takut maklumat dibocorkan oleh org dalaman hotel kan. 


Tapi kalo Shangri-La nak nafikan, silalah saman Rafizi Ramli tu. Mana satu si Rafizi? Tengok gambar di bawah.



Post a Comment

0 Comments