Full Width CSS

Selamat Hari Muslimat PAS

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan bersama-sama dalam himpunan 10 ribu wanita 'Suara Untuk Perubahan' pada 18 Mac ini.

Himpunan anjuran aktivis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan wanita parti-parti politik itu mempunyai slogan yang jelas iaitu 'Kerajaan Yang Bersih'.

Mereka mempunyai enam tuntutan yang akan dibacakan pada perhimpunan itu iaitu kerajaan yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan, akta gaji minima, kualiti kehidupan yang lebih baik, hapuskan keganasan terhadap wanita dan semua jantina, batalkan akta perhimpunan aman dan pilihan raya yang bebas dan adil.


Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi berkata, mereka percaya enam tuntutan tersebut merupakan keutamaan untuk diperjuangkan oleh wanita di seluruh negara.

"Bersempena Hari Wanita di peringkat antarabangsa. Kami berasa begitu terpanggil untuk menganjurkan satu perhimpunan wanita yang kita percaya ianya telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai pihak. 

"Malah  situasi sekarang, himpunan ini sangat relevan, khususnya bila kita melihat begitu banyak masalah yang langsung menyinggung kepada kehidupan seorang wanita itu telah gagal diurus dengan sebaiknya khasnya oleh pihak berkuasa," kata beliau.

Ulasan :

Tahniah kepada Muslimat yang kepingin menyambut Hari Wanita pada 18 Mac 2012 ini. Mungkin inilah kali pertama Muslimat PAS berpeluang menyambut hari penghargaan untuk diri mereka. Hmm baguih² tapi PAS Pusat tak cakap apa² ker? Takpelah, tu belakang cerita.

Jika diperhatikan daripada permintaan yang dibuat Muslimat PAS, saya berpendapat bahawa Muslimat PAS hanya menginginkan permintaan dipenuhi tetapi tidak menentang pentadbiran kerajaan Barisan Nasional lah kan?

Alhamdulillah, Muslimat PAS dah sedar.

Dengar cerita, mungkin dalam majlis tersebut nanti, Muslimat boleh menyanyikan semula lagu yang pernah dinyanyikan pada 9 Januari 2012 yang lepas di hadapan Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Lihat video di bawah.


Ehhhh mohon maaf, silap video pulak.

Hah ni baru betul.


Mampos jangan tak mampos

Post a Comment

1 Comments

  1. anwar bebas punya pasal salam abg polis tanpa berlapik aurat pun boleh ye

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..