Sunday, April 22, 2012

#BNpilihanorangmuda Mantap Anak Muda Wilayah Persekutuan !

Seawal jam 830 pagi ini sehinggalah ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kehadiran anak-anak muda dari serata Wilayah Persekutuan sungguh mengkagumkan.

Anggaran penganjur program Pelancaran BN Pilihan Orang Muda seramai 5,000 orang saja tetapi jumlah itu telah meningkat sehingga lebih 7,000 anak-anak muda dari berbagai bangsa dan parti.

Kehadiran anak-anak muda Wilayah Persekutuan hari ini semata-mata mahu menunjukkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk terus menerajui negara tercinta.

Pada majlis ini juga, Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin mengingatkan kepada anak-anak muda agar tidak tersilap ketika membuat pilihan (undi) akan datang.

Khairy mengajak anak-anak muda untuk terus menyokong kerajaan sekarang kerana BN telah banyak melakukan transformasi dan akan terus melakukan traformasi khusus untuk anak-anak muda. Semua itu dilakukan kerajaan atas dasar kepercayaan yang ditunjukkan golongan muda terhadap kerajaan semakin meningkat semenjak Pilihanraya Kecil (PRK) sebelum ini.

''Pada pilihanraya yang lepas BN tidak menjadi pilihan orang muda tetapi dengan transformasi yang dibawa oleh kerajaan dengan segala perubahan yang kita bawa sejak PRK di Bagan Pinang, di Manek Urai. Kita tengok PRK orang-orang muda di saluran 3, saluran 4 saluran, saluran 5, semua pengundi muda sudah kembali kepada Barisan Nasional'',katanya.


BN Bagus
BN Pilihan Orang Muda


Post Guna BlackBerry® Je

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...