Full Width CSS

#Lynas : Dulu DAP Kata Lain Sekarang Kata Lain Pula

Hanya sebulan lepas iaitu 26 Februari 2012 Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan yang bernilai RM700 juta.


Menurutnya pada ketika itu , “Seperti juga perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen, maka perkara yang sama juga (kepada Himpunan Hijau 2.0), satu jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu dilihat berkaitan Lynas,” katanya.

Sidang akhbar pada masa itu juga dihadiri oleh beberapa pemimpin kanan DAP iaitu Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ronnie Liu.
Namun pada hari ini apabila kerajaan Barisan Nasional bersetuju untuk menerima cadangan dan cabaran mereka untuk menubuhkan PSC mereka kini pula mengambil pendirian yang berbeza.
Pertama , adakah mereka merupakan ahli politik yang konsisten dalam perjuangan mereka? Bagaimana pendirian mereka boleh berubah walaupun hanya sebulan lepas mereka yang mencadangkan penubuhan PSC?
Kedua , sekirannya PSC benar – benar “pointless’ seperti kata mereka mengapa pula tidak ada seorang pemimpin dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu bangkit menentang desakan Tan Seng Giaw yang mencadangkan penubuhan PSC ?
Ketiga , bukankah pada hari ini Tan Seng Giaw , Lim Kit Siang, Ronnie Liu dan Tony Pua sepatutnya mewakili aspirasi rakyat untuk duduk dalam PSC yang dicadangkan oleh mereka sendiri ? Mereka yang memanggil sidang akhbar untuk mendesak penubuhan PSC maka bukankah rasional untuk mereka berada dalam PSC ?
Keeempat , pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya lebih prihatin terhadap takhta politik mereka atau sebenarnya keselamatan rakyat di Kuantan? Mereka tidak pernah untuk cuba duduk sekali pun dalam PSC maka terus membuat kesimpulan sendiri? Demi rakyat mereka sepatutnya duduk dahulu dalam PSC yang didesak oleh mereka dan sekirannya pandangan mereka tidak diterima baharu mereka keluar daripada PSC sekirannya benar mereka ikhlas.
Kelima , DAP Tan Seng Giaw pada mulanya mendesak penubuhan PSC adalah demi keselamatan rakyat dan kini apabila cadangan mereka hendak dilaksanakan mereka pula berubah watak mengatakan PSC tidak dapat memansuhkan LYNAS? Pada mulanya adalah demi menjamin keselamatan tetapi kini pula atas alasan demi pemansuhan? Pendirian politik sebegini adalah amat tidak sihat .

Post a Comment

1 Comments

  1. dulu kata ujud psc pasal tak nak mati.....skrang tak nak hidup pulak dah......hehehe...flip flop jer nak mengelat! cakap jer terus terang......

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..