Wednesday, April 25, 2012

Sambutan Hari UMNO Di Stadium Bukit Jalil



Bertemakan UMNO Pembela Rakyat, sambutan hari ulangtahun UMNO ke-66 kali ini berlainan dengan sambutan sebelumnya yang mana akan dimeriahkan dengan pelbagai acara dan program yang menarik untuk seluruh rakyat pelbagai kaum dialu-alukan untuk turut sama memeriahkan pelbagai program dan aturcara yang bakal disediakan kelak. 

Sambutan ulangtahun UMNO akan bermula dengan larian bendera UMNO, konvoi bermotosikal, majlis tahlil serta kemuncaknya karnival selama tiga hari dua malam di Stadium Bukit Jalil. 

Untuk larian bendera, ianya akan berjalan serentak di empat zon pada 1 Mei ini dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei nanti. Untuk Zon utara, larian bendera ini akan melalui empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Selangor, manakala Zon Pantai Timur akan bermula di Kelantan dan akan melalui Terengganu dan Pahang. 

Untuk Zon Selatan pula ianya akan bermula di Johor dan akan menjelajah Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dan untuk Zon Sabah akan bermula di Negeri Bawah Bayu seterusnya diterbangkan ke KLIA dan seterusnya melalui Selangor dan Wilayah Persekutuan. Larian ini akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei nanti.

Konvoi bermotosikal pula akan bermula pada 4 hingga 11 Mei yag akan diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh. 

Majlis Tahlil pula akan diadakan pada 10 Mei bertempat di Surau Ar-Rahman, PWTC selepas solat Maghrib yang akan dipimpin oleh Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom. Bagi sambutan di Bukit Jalil, terdapat 'outdoor dan indoor activity' yang bakal menemui pengunjung. 

Pelbagai acara menarik akan diadakan tetapi apa yang penting pada 11 Mei, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan selain penganugerahan tokoh Melayu terbilang. 

Sepanjang tiga hari dua malam karnival berkenaan, pelbagai acara menarik disediakan untuk pelbagai kumpulan sasaran seperti paintball, rock climbing, street soccer, silat, pertunjukan Robotic, pancaragam dan sebagainya lagi. 

Macam-macam acara disediakan baik untuk golongan dewasa dan pelbagai kumpulan umur yang lain. 

Kepada belia/anak muda semua, janganlah kita lepaskan peluang ini untuk datang beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil sebelum kita gegarkan pula Putrajaya dengan program Himpunan Jutaan Belia.

Jangan lupa Hari UMNO pada 11 Mei 2012 ini. Sama² kita meriahkannya.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...