Full Width CSS

UMNO Terbuka Tidak Seperti Pembangkang

Pembangkang sering memutarbelitkan isu kononnya di dalam parti UMNO terdapat juga suara² 'pembangkang' yakni individu ataupun kumpulan tertentu yang menentang dan mengkantoikan keburukan UMNO dari dalam.


Suara pembangkang di dalam UMNO memang ada. Bukan saja di dalam UMNO Pusat bahkan di Bahagian² dan Cawangan² pun terdapat golongan sebegini. Mengapa mereka jadi seperti ini? Jawapannya mudah, mereka mahu UMNO menjadi parti yang baik dan dalam masa yang sama mereka cuba membaiki kelemahan yang terdapat di dalam UMNO.


Tetapi adakah mereka akan mengundi Pembangkang? Sudah tentu hati mereka tetap mengundi UMNO / Barisan Nasional. Itu sifat pembangkang di dalam UMNO.

Kadiaq Bow Tie




Suka saya memberikan contoh. Mengenai Kadir Sheikh Fadzir, merupakan bekas Menteri Perlancongan dan juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Sebelum bertindak meninggalkan parti, Kadir beberapa kali mendedahkan kepada umum kononnya terdapat pemimpin di dalam UMNO dan kabinet terlalu busuk dengan pelbagai salah laku, antaranya skandal rasuah. 


Semasa Kadiaq mendedahkan perkara² yang tak sedap didengar orang UMNO, adakah UMNO melatah dan bertindak memecat beliau sebagai ahli? Adakah UMNO mengambil tindakan disiplin terhadapnya? Jawapannya tidak sama sekali. Akhirnya apabila Kadiaq sudah penat dan secara sendirinya beliau keluar meninggalkan parti.


Itu satu contoh bagaimana UMNO sebagai sebuah parti keramat yang mengamalkan dasar demokrasi dan keterbukaan dalam menerima kritikan. Itu yang dinamakan kebebasan bersuara di dalam UMNO dari segi menyuarakan pendapat, kebimbangan dan ketidakpuasan hati kepada parti.


Shahrizat dan Lembu


Contoh kedua, bagaimana UMNO menangani permasalahan National Feedlot Corporation yang dimiliki oleh suami kepada Dato Seri Shahrizat Abd Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Saya percaya semua orang dah tau isu ini, tak perlu saya ulas panjang.



UMNO sebagai parti peneraju kerajaan Malaysia tidak mendesak Shahrizat untuk terus melepaskan jawatannya selaku Menteri dan Ketua Wanita UMNO meskipun terdapat suara² sumbang dari UMNO yang meminta Shahrizat melepaskan semua jawatan dipegangnya. Sebaliknya, kepimpinan UMNO berbincang secara dalaman dan mengambil jalan keluar yang terbaik untuk parti iaitu membiarkan Shahrizat membuat keputusannya sendiri.

Kesudahannya, atas rasa tanggungjawab dan sayang terhadap kerajaan Malaysia. Shahrizat mengumumkan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang saya kira merupakan kementerian yang paling berjaya setakat ini. Pengumuman tersebut disambut dengan baik oleh semua pihak sama ada di dalam dan di luar UMNO sendiri.




Ahli UMNO Lembah Pantai

Contoh ketiga, perkara yang sedang berlegar² di alam maya pembangkang sekarang ini. Kejadian ketika Nurul Izzah turun padang (kali ke 4 atau 5), dia sibuk² kononnya membela nasib 30 penghuni di flat 4 tingkat Kg. Kerinchi.


Baca sini untuk cerita DBKL mulai roboh flat tersebut. 


Pada ketika itu adakah Nurul Izzah tahu bahawa di kalangan 30 penghuni yang masih 'berdegil' berpindah sebenarnya terdapat ahli UMNO di antaranya? Lihat gambar yang dijaja oleh portal pembangkang.



Sebelah kanan merupakan pakcik berstatus ahli UMNO (kata pembangkang). Pakcik ni merupakan antara penghuni yang tidak mahu berpindah dari flat tersebut. Persoalan saya, apa masalahnya jika pakcik tu ahli UMNO? Adakah pakcik ini bakal dipecat daripada UMNO jika dia enggan berpindah daripada flat tersebut?

Isu di Kg. Kerinchi, Lembah Pantai pada mulanya bukanlah isu politik tetapi ia telah dimainkan / dispin oleh ayam² ternakan Nurul Izzah dengan baik dan penghabisannya ia dilihat sebagai political issues. Yang dulunya berjuang untuk AUKU tiba² muncul macam YB di situ, apahal? Mujurlah 'hadiah' sagu hati dari penduduk Lembah Pantai menyedarkan sedikit tentang perihal dunia politik sebenar.

Baca sini, penyesalan penduduk flat Kg. Kerinchi yang ditipu hidup² oleh Nurul Izzah dan baca sini Adam Adli diberi tumbukkan Mike Tyson.


UMNO dan Rakyat

Soal ketidakpuasan hati boleh terjadi kepada sesiapa saja termasuklah kepada ahli UMNO sendiri. Cuma pembangkang sering memperbodohkan diri sendiri dan followers mereka dengan isu² pembangunan (nasional) dikaitkan dengan parti. Supaya rakyat menjadi semakin benci kepada kerajaan yang mentadbir sekarang ini.


Itu pasal slogan Asalkan Bukan UMNO / Anything But UMNO (ABU) diwujudkan agar rakyat membenci UMNO. Padahal telah terbukti dengan nyata dan boleh dikatakan seluruh dunia memperakui, UMNO memperjuangkan nasib semua bangsa dan rakyat Malaysia baik di dalam mahupun di luar negara. 

Contoh :
1- Ke Lombok membawa pulang anak perempuan yang dibawa lari dari Malaysia.
2- Membawa misi bantuan kemanusiaan ke Somalia
3- Berbincang dan melepaskan anak gadis Malaysia yang ditangkap kerana menjadi Keldai Dadah.
4- Terbaru, membawa pulang mangsa² letupan bom terdiri dari rakyat Malaysia di Hatdyai, Thailand.


Tapi itu semua tidak dipedulikan langsung oleh pembangkang. Matlamat mereka hanyalah satu. Tanamkan kebencian kepada UMNO walau apa pun terjadi

Salah UMNO

Bercerita mengenai banyak kesilapan yang dilakukan Pembangkang, pastinya UMNO tidak akan dipisahkan daripada masalah yang dicipta oleh mereka sendiri. Sebab itulah jika,

Elizabeth berbogel pun disalahkan UMNO,
Anwar langgan China Dolls pun tetap UMNO yang salah,
- Kereta Merc Anwar kemek pun UMNO yang salah,
- Skandal rasuah dan salah guna kuasa pentadbiran kerajaan negeri Selangor pun UMNO yang salah,
- Anwar berkomplot dengan Israel pun UMNO yang salah juga.

Maybe ada di kalangan mereka yang mati pucuk, adakah ia tetap salah UMNO? Hehe samdol punya lahanat.

Itu cerita pasal keterbukaan dan kerelaan UMNO berkhidmat untuk semua. Cuba kita cerita pasal keterbukaan Pakatan Keparat.

Keterbukaan Pakatan Mempertahankan Islam & Negara


Kelantangan Zulkifli Nordin mempertikaikan kebijaksanaan kepimpinan PKR membariskan aktivis yang anti Islam dalam panel disiplin membicarakan beliau berhubung "Kalimah Allah" yang dipertahankannya secara jelas menghina beliau dan keseluruhan umat Islam.

Disebabkan akan hal tersebut, Zulkifli telah dipecat daripada PKR kerana mempertahankan Islam. Zulkifli pula menegaskan bahawa tindakan PKR ini umpama menggadai maruah Islam semata² demi kepentingan politik.


Mangsa seterusnya pula, Hassan Ali dipecat daripada jawatan Exco Negeri Selangor dan juga sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Puncanya kerana Hassan tidak tahan lagi dengan permasalahan yang sengaja disorokkan kerajaan negeri mengenai gejala murtad di dalam Methodist Church Damansara.

Bimbang segala perancangan kerajaan negeri terbolos keluar. Kerajaan negeri melalui bisikan syaitan DAP dan dipersetujui oleh Pak Hangguk (PAS) telah bertindak memecat Hassan Ali yang dianggap sebagai batu pengacau kepada perjuangan mengaut untung di Selangor. 


Lain pula cerita mangsa kerakusan DAP lahnatullah. Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abd Rahman yang tampil sebagai saksi majlis kesyukuran tertutup paderi² di hotel Jalan Macalister dipecat dari parti tersebut kerana mendedahkan pekung dan rahsia sebenar pertemuan tersebut.

Razali mendakwa majlis pertemuan paderi² seluruh Malaysia itu berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Disebabkan keberanian dan berpendirian bertentangan dengan dasar perjungan parti, beliau dipecat dari DAP kerana dianggap bakal merosakkan segala perancangan jahat kafir harbi ini selepas Pilihanraya Umum akan datang.

Ini beberapa contoh daripada ratusan permasalahan yang kita dapat lihat secara jelas permainan politik kotor yang melanda di Malaysia. UMNO masih lagi parti yang releven dan parti otai (senior) dengan pelbagai pengalaman berguna yang dikecapi selama hampir 66 tahun memacu negara.

Bagi parti yang belum tentu wujud pada tahun 2020 seperti PKR, DAP dan PAS pula. Bagi mereka inilah masanya mengaut segala hasil kekayaan negeri yang dijajahi dan mengambil segala kesempatan yang mungkin sebelum hak sebagai wakil rakyat ditarik balik oleh rakyat.

Masih lagi mahu mengundi Pakatan haram jadah?


Post a Comment

3 Comments

  1. Mohon share bro....

    ReplyDelete
  2. Aku Sayang Tun MahathirApril 6, 2012 at 11:12 PM

    Terbaikkkkk...........!!!!!
    Tabik.....

    ReplyDelete
  3. ko mengganas kuat minggu ni bro.. mantap der

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..