Tuesday, May 15, 2012

Anggota @PDRMsia Cedera #Bersih3 Terima Sumbangan

Harga sebuah pengorbanan tidak boleh dibayar dengan jumlah wang tertentu. Itulah kenyataan sebenar yang terpaksa ditelan oleh sebilangan Penjawat Awam yang terpaksa berkorban demi menjaga keamanan negara.


Bagi sebilangan rakyat Malaysia, mereka langsung tidak mempedulikan tentang nasib dan risiko yang terpaksa ditanggung oleh anggota² Polis dan Tentera Malaysia. Bagi mereka, penjawat awam ini sekadar Polis pada uniform sahaja dan tidak lebih daripada itu. Kata mereka, Polis terima gaji pun hasil daripada bayaran cukai pendapatan rakyat.
  

Tanggapan tersebut sama sekali tidak boleh diterima. Anggota Polis dan sesiapa saja dalam Malaysia ini masih juga membayar cukai. Cukai bukan saja daripada hasil pendapatan bulanan tetapi melalui cukai² perkhidmatan, cukai tanah dan pelbagai lagi cukai yang dibayar rakyat pelbagai fahaman politik dan status kehidupan.


Pada satu majlis yang diadakan, PDRM melalui Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah sudi menyampaikan sumbangan ikhlas kepada ke semua anggota² Polis yang tercedera semasa rusuhan perhimpunan jahanam 3.0 yang lepas.

Sumbangan diberi ini bukan untuk menebus apa yang telah dikorbankan anggota ini tetapi ia lebih kepada meringankan beban yang terpaksa ditanggung sepanjang tempoh untuk sembuh.

Kepada PDRM, teruskan usaha menjaga keamanan negara dan ketenteraman awam. Khidmat PDRM masih tetap disanjung walau beribu halangan yang terpaksa ditempuh. 


Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...