Thursday, May 10, 2012

Apa Ada Pada Sambutan Hari UMNO 66 Tahun, 2012 @umnoonline @umbkl



Bersempena Hari UMNO mulai esok 11 Mei 2012, pelbagai bentuk persiapan sambutan dan pra keraian diadakan. Ini termasuklah dengan Larian Sang Saka Bangsa ke seluruh pelusuk Malaysia.

Pada 6 Mei 2012 lepas, telah diadakan larian bendera keramat UMNO ke seluruh bahagian UMNO Wilayah Persekutuan.



Rujuk gambar di sini.

Bertemakan UMNO Pembela Rakyat, sambutan hari ulangtahun UMNO ke-66 kali ini berlainan dengan sambutan sebelumnya yang mana akan dimeriahkan dengan pelbagai acara dan program yang menarik untuk seluruh rakyat.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rakyat pelbagai kaum dialu-alukan untuk turut sama memeriahkan pelbagai program dan aturcara yang bakal disediakan kelak.
Menurut beliau sambutan ulangtahun UMNO akan bermula dengan larian bendera UMNO, konvoi bermotosikal, majlis tahlil serta kemuncaknya karnival selama tiga hari dua malam di Stadium Bukit Jalil.

“Untuk larian bendera, ianya akan berjalan serentak di empat zon pada 1 Mei ini dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei nanti. Untuk Zon utara, larian bendera ini akan melalui empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Selangor, manakala Zon Pantai Timur akan bermula di Kelantan dan akan melalui Terengganu dan Pahang.

“Untuk Zon Selatan pula ianya akan bermula di Johor dan akan menjelajah  Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dan untuk Zon Sabah akan bermula di Negeri Bawah Bayu seterusnya diterbangkan ke KLIA dan seterusnya melalui Selangor dan Wilayah Persekutuan. Larian ini akan berakhir di Stadium Bukit Jalil apda 11 Mei nanti,” katanya pada satu sidang media khas sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi konvoi bermotosikal pula akan bermula pada 4 hingga 11 Mei yag akan diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Tengku Adnan seterusnya menambah majlis tahlil akan diadakan pada 10 Mei bertempat  di Surau Ar-Rahman, PWTC  selepas solat Maghrib yang akan dipimpin oleh Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom.

Tambah beliau untuk sambutan di Bukit Jalil, terdapat ‘outdoor dan indoor activity’ yang bakal menemui pengunjung.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan…tetapi apa yang penting pada 11 Mei, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan selain penganugerahan tokoh Melayu terbilang,” katanya.
Katanya lagi sepanjang tiga hari dua malam karnival berkenaan, pelbagai acara menarik disediakan untuk pelbagai kumpulan sasaran seperti paintball, rock climbing, street soccer, silat, pertunjukan Robotic, pancaragam dan sebagainya lagi.

“Macam-macam acara kita sediakan baik untuk golongan dewasa dan pelbagai kumpulan umur yang lain.


1. Majlis Tahlil Sempena Hari UMNO ke-66

Tarikh:  10 Mei 2012 (Khamis)
Tempat:  Surau Ar-Rahman,  Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Aturcara
6.45 petang - Ketibaan jemputan
7.20 malam - Azan Maghrib

Tahlil arwah dipimpin oleh:
YB Sen. Mejar  Jen Dato’ Jamil Khir Hj. Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

8.32 malam - Sembahyang Isyak
Jamuan Makan Malam di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pakaian:  Baju Kebangsaan


2. KARNIVAL HARI UMNO
Sambutan Hari UMNO ke- 66 dan Karnival Hari UMNO
Tarikh - 11 Mei hingga 13 Mei 2012
Tempat - Stadium Nasional Bukit Jalil
Tema - UMNO Pembela Rakyat
Anggaran Kehadiran - 50,000 hingga 80,000 orang


3. KONSEP ACARA

Susun Atur Kawasan


4. ACARA KEMUNCAK 
11 Mei 2012 (Jumaat)
Susunan Acara Dalam Stadium


Pakaian : Gelombang Merah


5. ATURCARA KESELURUHAN PROGRAM




Persembahan Artis
Faizal Tahir, Altimet, Joe Flizzow, Wakaka Crew, Floor Fever, Mizz Nina, Hunny Madu, Ila  Damiaa,
Dayang Nurfaizah.

Persembahan Artis Antarabangsa
Artis K-Pop (MBLAQ)


Semua orang dijemput hadir termasuk yang bukan ahli UMNO. Karnival UMNO untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...