Full Width CSS

Larian Sang Saka Bangsa Di Wilayah Persekutuan Hari Ini

Larian Sang Saka Bangsa (bendera UMNO) Peringkat Wilayah Persekutuan (WP) akan bermula pada hari ini (6 Mei 2012) Ahad.

YB Senator Dato' Raja Nong Chik akan menyempurnakan majlis perasmian pelepasan dari Rumah Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Lorong Maarof pada jam 8.30am.

Pada jam 9.30am pelari akan tiba di Masjid WP Jln Duta dan disambut oleh UMNO Segambut.

Seterusnya Sang Saka Bangsa akan dibawa berlari ke Pejabat UMNO Bhgn Kepong. Jangkaan masa jam 1030am.

Jam 11.30am, bendera dijangka tiba di Pejabat UMNO Bhgn Batu dan seterusnya akan menuju ke Pejabat UMNO Bhgn Wangsa Maju lebih kurang jam 1230tghari. Peserta akan rehat dan makan tengahari.

Pada jam 1.30tghari, larian bersambung semula dari Pejabat UMNO Bhgn Wangsa Maju menuju ke Dewan UMNO Sri Rampai Setiawangsa.

Sekitar jam 3.30pm, Sang Saka Bangsa akan tiba di Pejabat UMNO Bhgn Titiwangsa. Seterusnya Sang Saka Bangsa akan diarak terus ke Pejabat UMNO Bhgn Bkt Bintang.

Dari sana, pelari akan terus berlari ke Pejabat UMNO Bhgn Cheras. Sekitar jam 5.30pm, Sang Saka Bangsa akan tiba di Pusat Giat Mara, Tmn Salak Jaya Bhgn Seputeh.

Selepas itu, sang saka bangsa akan dipas kepada pelari di Sekolah Menengah Seri Permaisuri dan akan diarak terus Pejabat UMNO Bhgn BTR , Tmn Tenaga.

Selesai.

+sebarang perubahan masa mungkin berlaku disebabkan faktor usia dan kercergasan pelari

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Post a Comment

0 Comments