Sunday, May 27, 2012

@Papagomo Sanggup Ketepikan Neelofa Demi K-Pop @HariBelia2012 #beeantblues

Jika malam tadi, boleh dikatakan hampir 24 pentas di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya mengadakan konsert dan persembahan untuk pengunjung-pengunjung yang hadir.

Di Perkampungan Bee Ant Blues diadakan persembahan gigs rock rebond yang menampilkan kumpulan rock underground yang sememangnya mantap dan terbaik. Sangat mantap dan bertenaga persembahan yang ditampilkan

Di pentas lain pula diadakan persembahan dari kaum India. Jika pembaca ada di sana pasti akan turut sama menari tarian bangra hehe.

Manakala di pentas utama #HBN2012 diadakan persembahan konsert sejam bersama artis Korea K-PoP, U-Kiss. Umum mengetahui kehadiran beliawanis memenuhi kawasan persekitaran sebab dorang je yang minat. Turut sama di dalam kerumunan gadis-gadis ialah Papagomo, what da hell hehe..

Hari ini pula pelbagai aktiviti dan acara disediakan untuk semua pengunjung. Pemimpin dan artis-artis popular turut serta bersama belia-belia di sini.

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak akan melakukan walkabout sepanjang 6km tapak karnival Hari Belia 2012.

Termasuk juga Neelofa yang sanggup hadir untuk saya keh keh keh. Mujurlah Papagomo dah tarik handbrake awal-awal bersaing dengan saya.

Malam ini juga akan diadakan konsert K-Pop di pentas utama, perghhhh~

So apa lagi tunggu? Jangan sedap baca blog je, jom lah datang ke Putrajaya sekarang. Rasai kemeriahannya.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...