Full Width CSS

Pembangkang Terdiam, The Star Buat Hal



Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah.  

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan.  Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi. Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah. Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama. Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.      

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka.  

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.  

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini.  

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.  

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali.  Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama.  Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.  

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?  

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?  


Sambung baca lagi sini.

Post a Comment

4 Comments

  1. bersih 3.0 mabuk todi lah weiii...ingat bole menang ke ?? pirah tuiiii.

    ReplyDelete
  2. Bagus, teruskan bongkar penipuan pembangkang!!

    RAJA NONG CHIK GUNA PENGARUH DALAM UMNO UNTUK BAGI KONTRAK KEPADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ape haram la puak2 pas nie punye jawapan...nak kate bodoh dah mmg totok...woi hamPAS ko punye jawapan tu dah same cam israel nye jawapan kalo tembak palestin alasan nye pertahankan negara...mmg patut tuka nama PASraek atau pun Parti Anal Seks jer la...cam haram...

    ReplyDelete
  4. apa untungnya org yg taksub ngan politik ni..nak setiap kali sokong dpt ketul emas x jugak..suka2 hati ja melabelkan org dgn nama yg bemacam pekataan yg kurang enak di dengar..yg di atas kenyang perut..yg di bawah ni bertumbuk...siapa yg bodoh..org bawahan atau og atasan..jgn jadi balaci kpd politik sgt..bkn itu haluan kita..kita diutuskan utk apa..kita ni hamaba pada yg ESa,bkn hmba kpada mereka2 ni

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..