Thursday, May 3, 2012

Pengundi Wajib Baca, Kang Jangan Ngamuk Takleh Ngundi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 haribermula hari ini.

SPR dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat:
1. Pejabat Pos Berkomputer (451)
2. Kompleks/Pejabat Kerajaan (86)
3. Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124)
3. Majlis Daerah/Perbandaran (48)
5. Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

Menurut suruhanjaya itu, semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my.

Menurut SPR, sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.

Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Sambung baca lagi di sini.





Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...