Thursday, May 31, 2012

Penjelasan Sebenar Kontrak @RajaNongChik Dan Kontrak KBS


Pilihanraya Umum semakin hampir. Masing² sibuk mempersiapkan jentera parti dan mencari serta menyediakan bahan untuk sepanjang tempoh kempen tersebut. Turut tidak terkecuali ialah Pembangkang yang sudah melakukan RESEARCH yang sangat gempak.

Habis semua benda dikoreknya. Begitulah hebat parti Pembangkang di Malaysia ni. Sumber yang mereka dapati memang sangat mengkagumkan semua pihak. Namun di sebelah Pro Kerajaan, memang tiada langsung sumber yang mengkagumkan. Tapi bukan pasal sumber tu saya nak ceritakan tapi nak mengajak semua pembaca menilai sendiri penipuan yang dijaja Raja Petra Kamaruddin (RPK) baru² ini.

Jom baca cerita pasal Dato Raja Nong Chik (RNC) dan keluarganya yang cuba difitnah oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai.


Sebelum ni aku dah bagi tau, Nurul dah terdesak kerana populariti  RNC semakin meningkat di Lembah Pantai sedangkan imej Nurul sendiri semakin suram. Oleh itu, untuk memburukkan imej Dato Raja Nong Chik, Nurul pun gunakan RPK sebagai proksi untuk menyerang  RNC.

Apa tuduhan yang dibuat oleh RPK? 

RPK mempertikaikan bagaimana syarikat yang pemegang saham utamanya adalah anak RNC boleh mendapat kontrak dari Kementerian Belia dan Sukan.

Dalam hal ni, nasib baik ada sumber dari Kementerian Belia dan Sukan yang sanggup membantu untuk menerangkan keadaan sebenar.

Apa ceritanya ya?




Istijuara Sdn Bhd telah menerima Surat Niat (Letter of Intent) dari KBS pada 18 Julai 2006 untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor.Pada masa ini, RNC tidak memegang sebarang saham dalam syarikat ini. Begitu juga anak beliau.

Pada tahun 2007, RNC telah membeli saham di dalam syarikat berkenaan dan meletakkannya di bawah nama anak beliau. Pada masa ini, RNC masih belum dilantik menjadi Menteri. Pada masa ini beliau juga bukan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai.

RNC dah lebih 30 tahun jadi ahli perniagaan. Jual beli saham dalam syarikat ni perkara biasalah. Orang biasa pun main jual beli saham, takkan ahli perniagaan macam RNC tak boleh beli saham kan? 


Setakat ni nampak tak apa-apa urusan yang melanggar undang-undang? Takda kan?

Seterusnya RNC dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada tahun 2009. 

Pada 22 Mei 2010 kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Selepas kompleks tersebut siap, barulah surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd.

Haaaa, inilah yang cuba dijadikan isu oleh RPK. Dia cuba membayangkan kononnya tawaran ini diberikan kerana RNC menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri, sedangkan surat niat dah dikeluarkan pada tahun 2006 sebelum RNC menjadi Menteri lagi!! 

Mungkin ada yang akan tanya, kalau surat niat dikeluarkan pada tahun 2006, mengapa surat tawaran hanya dikeluarkan pada tahun 2010 selepas kompleks IKBN siap?

Inilah yang RPK tak faham, atau mungkin sengaja buat-buat tak faham. Kalau spesifikasi dan kontrak dimuktamadkan pada tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010, sudah tentu spesifikasi peralatan yang ditetapkan akan ketinggalan zaman! Cuba bayangkan, dalam tahun 2006, komputer mungkin pakai teknologi Pentium 1, tapi sekarang dah pakai teknologi Pentium 5!

Logik ke kalau kompleks serba moden, tapi pakai peralatan kuno! Mesti pembangkang macam Nurul lah orang yang pertama akan bising pertikaikan mengapa Kerajaan buat kontrak untuk bekal peralatan guna spesifikasi out of date!

Jadi, kena tunggu sampai kompleks dah nak siap, baru boleh dimuktamadkan spesifikasi peralatan yang perlu dibekalkan. Bila dah muktamadkan spesifikasi, baru boleh tetapkan harga untuk tawaran. Nak muktamadkan spesifikasi dan harga pun bukan senang. Mesti kena runding banyak kali untuk memastikan harga yang ditawarkan berpatutan. Kalau tak, kena jawab dengan Audit Negara lah. Bila dah tetapkan harga, baru boleh keluar Surat Tawaran (Letter of Award).

Tak tahu spesifikasi, macam mana nak tetapkan harga kan?
Inilah SOP atau Standard Operating Procedure perolehan Kerajaan. Kalau tak ikut SOP, pembangkang juga yang akan bising. Tapi sekarang, bila ikut SOP pun dia cuba nak buat isu!

Terdesak sangat ke Nurul? Benda macam ni pun nak buat kecoh? 
Setakat ni, apa yang melanggar undang-undang? Takda apa-apa pun. 

Nampak sangat pembangkang dah takda modal.


Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com  

Sumber : Apa Kecoh²

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...