Full Width CSS

Expo Beli Barangan Buatan Malaysia @PWTC

Barangkali ada setengah pihak beranggapan expo yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan Malaysia ini sekadar program yang diadakan saban tahun.

Namun jika dilihat secara positifnya usaha kerajaan ini adalah bertujuan untuk menanamkan minat kepada rakyat Malaysia khususnya agar berusaha menghasilkan, memasarkan barangan buatan tempatan secara meluas ke seluruh negara.

Beliau turut menyarankan kepada pengusaha tempatan agar mendaftarkan barangan @ produk keluaran supaya kerajaan dapat membantu pengusaha mengembang luas pasaran mereka kelak.

Expo ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa memberi ucapan perasmian, beliau menegaskan. Pembeli memainkan peranan penting dalam menyokong dan membeli barangan buatan tempatan kerana ia akan membantu meningkatkan ekonomi negara. Dalam masa yang sama juga eksport barangan yang sama dari luar negara juga boleh dikurangkan.

Namun pengusaha tidak boleh mengharapkan pasaran tempatan sahaja untuk berjaya dan dikenali sebaliknya pengusaha harus bijak mengembang luas perniagaan mereka dengan meneroka ke pasaran luar negara.

Tahniah !!


Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Post a Comment

0 Comments