Monday, June 4, 2012

PRU 13 : Jangan Sangka @NajibRazak Bodoh Macam Nik Aziz & Hadi Awang

Dakwaan PAS bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengadakan pilihan raya ketika umat Islam menunaikan ibadat haji adalah gimik politik menunjukkan kononnya kerajaan tidak prihatin dengan ibadat umat Islam.

Malah, dakwaan itu juga dilihat hanya gimik politik pembangkang khususnya PAS untuk menakut-nakutkan rakyat dengan sentimen agama yang cukup sensitif.

Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata adalah mustahil kerajaan pimpinan Najib mengadakan pilihan raya umum ketika musim haji kerana ia bertentangan dengan prinsip dan slogan beliau iaitu 'rakyat didahulukan'.

Dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka pilihan raya berlangsung ketika musim haji sekadar menakutkan pengundi saja.

"Ini untuk menunjukkan kepada penyokong mereka seolah-olah kerajaan ketika ini terlalu takut dengan kekuatan pembangkang hingga terpaksa mengadakan pilihan raya umum ketika musim haji," katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Hadi dalam kenyataan kepada pemberita di Alor Setar kelmarin berkata, Perdana Menteri dijangka mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).

Tindakan itu didakwa berikutan banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu dan UMNO sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata kenyataan PAS itu dilihat sudah terlalu terdesak dan dibuat bagi menimbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan penyokong mereka.

Katanya, tarikh pilihan raya masih lagi rahsia dan hanya Perdana Menteri tahu bila diadakan dan adalah mustahil beliau mengadakan pilihan raya pada waktu itu kerana tindakannya itu hanya akan mendapat kecaman kerana mengetepikan hak pengundi lain.

"Pembangkang sengaja memperlihatkan kononnya kerajaan BN seolah-olah tidak peduli dan tidak mengambil berat soal itu, malah seolah-olah hanya orang PAS saja mengerjakan haji dan orang parti lain tidak berbuat demikian.

"Kenyataan Hadi sengaja mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam yang mungkin tidak dapat mengundi kerana menunaikan haji," katanya.


Post Guna BlackBerry® Je

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...