Full Width CSS

Rasulullah Sama Seperti Kanak² Yang Lain Semasa Kecil?


Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof meminta mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberikan penjelasan terhadap kenyataan yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w sama dengan Muhammad lain ketika remajanya.

Menurut beliau, Rasulullah s.a.w bukanlah manusia biasa sebelum atau selepas diangkat menjadi Rasul sebaliknya manusia yang istimewa.

Justeru beliau  dengan tegas meminta mana-mana pihak atau cendekiawan agama yang seolah-olah menyamakan Nabi Muhammad s.a.w sama dengan Muhammad lain ketika remajanya memperbetulkan kenyataan berkenaan.

“Nabi Muhammad itu semasa di dalam kandungan ibunya sudah pun luar biasa. Apabila dilahirkan pun beliau cukup luar biasa dan berbeza dengan bayi-bayi lain yang dilahirkan pada waktu itu.


“Malah dadanya dibelah ketika baginda berada pada usia kanak-kanak lagi dan keadaan itu tidak berlaku kepada kana-kanak lain. Malah pada zaman remajanya Rasulullah s.a.w digelar Al-Amin iaitu seorang yang amanah dan jujur.

“Jadi saya tidak tahu bagaimana terdapat pihak-pihak tertentu yang menyamakan Rasulullah s.a.w pada zaman remajanya sama seperti kanak-kanak lain. Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w cukup istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terdapatnya pihak tertentu yang menyamakan Nabi Muhamamda s.a.w apda zaman remajanya dan sebelum diangkat menjadi Rasul adalah manusia biasa dan seperti remaja-remaja lain.

Ustaz Afandi seterusnya menegaskan perkara berkenaan boleh menimbulkan keraguan dan tanda tanya kepada masayarakat umum akan keistimewaan yang ada pada Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya kalau kita kata Nabi Muhammad sama dengan Muhammad lain pada usia remajanya umpama menghina kemuliaan junjungan besar Rasulullah s.a.w.

“Jika apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu benar sepertimana tersebar di internet hari ini, saya minta beliau perjelaskan sebetulnya dan jika tidak benar beliau perlu menafikan perkara berkenaan yang menjadi perbualan umum. Kita tidak mahu perkara ini mengelirukan umat Islam,” katanya



Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com  

Post a Comment

5 Comments

  1. eItu komen pengikut Setan.Mana ada komen baik dari Setan pasal Rasulullah saw.Kata Tok Guru....tapi banggang tahap cipan.

    ReplyDelete
  2. ... ini adalah pandangan seorang tua yang hampir nyanyuk yang sudah terpesong aqidahnya. Semoga dia sempat bertaubat dan bershayadah semula sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pengikut pengikutnya yang menyokongnya adalah juga dianggap bersubahat. Mereka ini kesemuanya telah dibutakan oleh Allah akan hati hati mereka. Bilakah nereka mahu sedar? ...

    ReplyDelete
  3. macam biasa salah UMNO sbb buat video.ceramah dr video besi tak ble diterima sbg bukti hahhahah

    ReplyDelete
  4. Meracau org tua ni, aku belajar agama tak tinggi, setakat darjah 6 skolah agama johor jer. Tapi setahu aku, muhammad saw diangkat jd nabi pd usia 25 thun, dan diangkat jd rasul pd usia 40 tahun.. Nabi dan rasul jauh beza beb.. Yg basic mcm ni pon dah kelam kabut, macamana la puak2 sana boleh angkat org tua ni jd tuan guru.. Percaya sesangat pulak tu, tak berani nak bangkang lansung.. Nak dgr boleh, tapi otak tu guna la jgk..

    ReplyDelete
  5. komunikasi ni boleh ditafsir dengan pelbagai makna. kalau kau rasa kau nak tahu apa makna sebenarnya apa yang di maksudkan tok guru tu, baik kau tanya dia. mintak penerangan ape yang dia nak sampaikan. youtube ni sesiapa bole publish, bukan kene saring malaikat sebelum kene publish. so kau pikir sendirik brader.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..