Full Width CSS

Singapura Hantar 3 Diplomat Ke Bersih, Malaysia Pun Hantar Juga

KECOH apabila terdapat 3 diplomat daripada negara Singapura bertandang masuk ke dalam gerombolan lembu² BERSIH 3 suku yang lepas. Kekecohan ini tercetus apabila rahsia mengenai kehadiran 3 diplomat asing tersebut telah dibocorkan.


Rentetan tersebut telah memaksa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Singapura ke pejabatnya untuk mendapatkan keterangan lanjut. Malaysia menyatakan amat kesal dengan kehadiran 3 ekor biawak dari Singapura tersebut. Menurut wakil Singapura itu, ketiga-tiga biawak tersebut menyertai perhimpunan haram tersebut atas kapasiti peribadi bukannya arahan kerajaan Singapura.

Ala beselah tu, alasan standard nak selamatkan diri.

Namun terkini, Malaysia turut menghantar hampir seratus orang yang berbakat membuat demontrasi ke Singapura pada awal bulan Jun lepas.

Lihat video di bawah.



Gempak kan apabila ratusan penyokong-penyokong Ultras Malaya berhimpun ke Jalan Besar, Singapura bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura yang berkesudahan seri 2 -2.

Malaysia datang bukan nak cari gaduh tapi saja buat bising² macam penyokong England. Bayangkan Malaysia berjaya melangkah ke World Cup. Rasanya bukan saja penyokong dari Malaysia akan turun menyokong, bahkan penyokong dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Filipina dan Vietnam akan turut sama bersama menyokong kerana Malaysia bukan saja tanah tumpah darahku namun tempat darah tumpah mereka juga.

What ever lah.


Twitter : @REZQEENHILL 
BBM : 23C29857 
Email : reezqeenos@gmail.com 

Post a Comment

1 Comments

  1. Mereka kacau Malaysia dengan demonstrasi Bersih kita kacau mereka sikit jer sampai PAP kalah Huogang. Hebat tak orang Malaysia?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..