Full Width CSS

SIRI 1 : PAS Berjanji Lagi


PAS menerusi Media Baru Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sepanjang minggu ini telah mengeluarkan 11 jenis agenda yang akan ditawarkan oleh mereka yang kononnya memperjuangkan Negara Berkebajikan hak tuihh.

Untuk Agenda 1 kali ini ialah tawaran PAS secara meluas mengenai kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh PAS iaitu Amanah, Adil dan Bersih.

Beberapa kali saya baca Agenda 1 ini namun saya masih lagi terkeliru dengan tawaran PAS ni samada ia sekadar retorik ataupun memang bodoh. Mengapa perlu laksanakan sistem dan proses pilihanraya secara menyeluruh agar pilihanraya bebas, adil dan bersih?

Adakah pilihanraya sebelum ini tidak bersih dan adil?
Jika benar pilihanraya sebelum ini tidak adil, mungkin orang-orang dalam SPR yang telah mensabotaj kerajaan BN dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat? Dan sebagai parti pembangkang, mereka tidak mahu menerima kemenangan ini sebenarnya dan masih berharap BN memenanginya serta juga mereka masih mahu terus menjadi pembangkang selamanya.

Tak gitu?

Perlukah satu suruhanjaya diwujudkan untuk memastikan aduan-aduan rakyat didengari?
Pada pendapat saya, tak payah wujudkan suruhanjaya untuk perkara ini. Kerajaan sekarang lebih efisyen berbanding kerajaan akan datang. Kerana apa? Kerana hari ini rakyat boleh terus berhubung dengan Perdana Menteri secara direct di laman-laman sosial seperti Twitter, Facebook dan juga boleh terus mengunjungi laman blog PM.

Juga terdapat beberapa badan-badan bukan kerajaan yang telah menyediakan medium untuk rakyat menyuarakan aduan serta menyatakan pendapat mereka di sana. Maka tak perlulah kot diwujudkan satu suruhanjaya yang pastinya nanti terdiri daripada kroni² PAS dan berat sebelah.

Cadangan saya, mungkin PAS boleh praktikkan agenda² di atas ini di negeri Kelantan dan Kedah terlebih dahulu. Buktikan kewajaran dan keberkesanannya kemudian baru bukak cerita pasal negara kebajikan pula. Namun adakah negeri² tersebut akan jauh lebih baik dari sekarang ataupun sebaliknya?


Parti DAP dan PKR tak kata apa² ka? Hahaha~



Twitter : @REZQEENHILL 
BBM : 23C29857 
Email : reezqeenos@gmail.com 


Post a Comment

0 Comments