Full Width CSS

SIRI 2 : PAS Berjanji Lagi


Adui.. Aduii sakit dada tengok tawaran² daripada PAS untuk rakyat nanti. Bukan saja ade 2 ataupun 3 agenda tetapi 11 jenis agenda PAS tawarkan untuk rakyat.

Tapi sehingga kini, saya masih belum mengetahui samada tawaran ini sah selepas PRU 13 kelak ataupun sah jika PAS memerintah ataupun PAS akan tetap bagi pada negeri² yang mana terdapatnya Menteri Besar dari kalangan warga PAS sesat.

Mungkin perkara 1 di atas tu saya setuju untuk menambahkan badan² masyarkat madani yang membawa maksud mewujudkan masyarkat yang berilmu yang mendorong pembangunan dan kemajuan berteraskan akhlak dan nilai etika. Itu bagus lah.

Tapi perkara 2 hingga ke seterusnya tu nampak macam dah memang dilaksanakan je. Bukankah selama ini memang kerajaan kerap menyemak pengurangan dan pelepasan cukai? Kerajaan sudah lakukan secara berterusan sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Operasi pencegahan jenayah dan mewujudkan Polis Bantuan? Adakah sekarang ni kadar jenayah semakin meningkat di negara ini, wahai PAS oit?? PAS patut baca surat khabar Utusan dan lain-lain bukannya Harakah dan Suara Keadilan semata².

Untuk info, dengan pelaksanaan GTP - Government Transformation Program / Program Transformasi Negara yang diperkenalkan oleh PM menerusi inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), index jenayah keseluruhannya pada tahun 2011, turun 11.1% manakala jenayah jalanan 39.7% sekaligus menunjukkan keberkesanan pelbagai program pencegahan oleh anggota keselamatan PDRM. Tahun sebelumnya juga turut turun.

Meh tengok ni macamne pelan dan perancangan NKRA tersebut.





Next, menyemak dasar² yang berkaitan dengan perpaduan kaum di negara ini? Buat apa nak semak? Takut nanti bila semak semula ia akan lebih menyemakkan kepala. Cukuplah dengan keadaan perpaduan kaum di negara Malaysia ini. Harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain. Jika ditanya pada kaum lain, mereka pun akan memberikan jawapan yang sama. PAS tak perlu bersusah payah nak semak semula dan membuat kajian tentang hal ini.

Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka. Keharmonian dan semangat antara kaum di negara ini memang tidak boleh dinafikan oleh negara² asing. PAS juga jangan pandai² nak try and error, kang nahas jadinya.

Majlis Dialog Kebangsaan untuk pendidikan sepanjang hayat?

Bukankah setiap tahun, ada saja penambahbaikan yang difikirkan kerajaan untuk kebaikan sistem pendidikan negara ini. Hasil daripada itu, semua unsur² yang boleh diterima pakai telahpun diserapkan. PAS tak perasan ker selama ini?


PAS jangan main sebut itu dan ini lah demi mengejar cita² yang belum tentu pasti lagi. Memerintah negara, bukan seperti memerintah negeri.




Twitter : @REZQEENHILL 
BBM : 23C29857 
Email : reezqeenos@gmail.com 


Post a Comment

0 Comments