Sunday, July 15, 2012

Apa Kejadahnya Budak-Budak Ni Buat Di Kebun Binatang? #1m4u #1m4uVolunteer

Pagi ini bertempat di Zoo Negara Hulu Kelang Gombak telah diadakan aktiviti Kebajikan Membersihkan Zoo Negara yang melibatkan anak-anak muda #1M4Uvolunteers dari pelbagai bangsa dan latarbelakang pendidikan.

Aktiviti ini dirasmikan oleh Datuk Hj Megat Zulkarnain b Tan Sri Omardin, Penyelaras Parlimen Gombak. Beliau ketika ditemuramah berpuashati dan seronok dengan kehadiran generasi muda yang mendaftar sebagai #1M4Uvolunteers untuk melakukakan aktiviti kebajikan secara sukarela di Parlimen Gombak

"Sejak 2008 PRU12 saya sering mengadakan dialog dengan anak-anak muda dan mendengar alasan mereka menolak kita dan menyokong pembangkang yang tidak logik bagi kita tetapi munasabah bagi mereka" kata Datuk Megat ketika ditanya tentang sokongan anak-anak muda Gombak kepada kerajaan.

Menurut beliau lagi, anak-anak muda kini lebih rasa selesa dengan pendekatan Barisan Nasional terutamanya dengan usaha YAB Perdana Menteri kerana mereka tidak mahu berpolitik sepanjang masa.

"Saya ingin berpesan kepada golongan belia khususnya anak-anak muda supaya berfikiran rasional sebelum membuat keputusan demi kepentingan semua dan masa depan mereka"

#1M4Uvolunteers yang terlibat kali ini adalah dari kalangan pelajar IPT & IPTS seperti dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kolej Taylor dan Master Skill yang mendaftarkan diri mereka untuk menjadi sukarelawan #1M4U.

Mereka kelihatan seronok walaupun keletihan membersihkan kawasan-kawasan Zoo Negara termasuk kandang Rusa, Seladang, Badak Air dan banyak lagi serta membuat penyediaan makanan kepada binatang-binatang dibawah penyeliaan ketat 'keeper' tetapi pengalaman ini berfaedah dan cukup berharga untuk mereka.


Sent via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...