Thursday, July 19, 2012

Bahagian UMNO Bermasalah Akan Dipanggil Mengadap - @MuhyiddinYassin


UMNO yang merupakan tunjang kepada Barisan Nasional (BN) perlulah dilihat kuat berbanding mana-mana parti komponen di dalam BN.

Untuk mendapatkan kekuatan tersebut, UMNO perlulah bersatu padu dan seiring sekata dari peringkat akar umbi sehinggalah ke jawatankuasa bahagian dan negeri.

Semua pihak memainkan peranan tersendiri dalam meraihkan kelangsungan kemenangan kerajaan BN pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan memanggil mana-mana bahagian UMNO yang bermasalah untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah dalaman sebelum Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak membunyikan semboyan PRU.

Ini kerana menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan ini, beliau tidak mahu perkara yang sama terjadi seperti di PRU yang lepas. Yang mana BN sendiri telah disabotaj dan di 'cah keting' oleh penyokong-penyokongnya.

Menurutnya lagi, beliau akan memanggil bahagian-bahagian ini pada bulan Ramadhan ini.

Pada pendapat saya, ini satu usaha yang sangat serius dijalankan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam memastikan kemenangan mutlak milik BN akan berjaya dikecapi.


Sent Via my BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...