Sunday, July 15, 2012

Belia & Qariah Berganding Bahu Membersihkan Rumah Allah #1m4u

Sepanjang berada di persekitara Masjid Jumai'ilhuda, Kg Melayu Ampang pagi tadi, saya dapati penduduknya begitu tekun dan ikhlas melakukan kerja-kerja mengemas dan membersihkan Masjid menjelangnya Ramadhan minggu hadapan.

Persepsi awalan saya ketika tiba di Masjid ini ialah mungkin golongan usia pertengahan akan lebih ramai membantu qariah Masjid membersihkan persekitaran. Namun telahan saya gagal membukitkannya apabila saya melihat di celah-celah ahli qariah yang berusia terdapat beberapa orang golongan muda dan peringkat belia turut sama membantu.















Sabda Rasulullah S.A.W yang mengingatkan kita nilai sumbangan yang maksudnya : "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain". Al-Tabarani.





Alhamdulillah dengan semangat belia yang ditunjukkan hari ini semoga nilai-nilai murni seperti ini akan terus diterap dan dikekalkan ke dalam setiap jiwa anak-anak muda.
  

Firman Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 - 8, maksudnya.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dlm surat amalnya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dlm surat amalnya)!"


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...