Husam menyuruh Kickdefella menemuinya di warung nasi dagang di belakang pejabat Global Media Channel. Setibanya di situ didapati lihat Husam seorang diri di dalam keadaan kusut. Setelah menunjukkan posting tersebut dan meminta Husam berterus terang sama ada dakwaan itu benar atau tidak, Husam mengakui dia tidak tahu menahu kewujudan blog itu di internet sebelum ini.

Usaha memujuk Husam untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah gagal kerana menurut sahabat-sahabat Husam, Husam sering berkata dia belum pernah kalah di mahkamah walaupun telah berkali-kali menyaman ramai pihak.
Husam mungkin terlupa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah’. Tiba masanya Husam tunduk ke bumi dan merendah diri di dalam berdepan dengan kritikan oleh rakyat.
Baca lagi di sini.
No comments:
Post a Comment
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..