Full Width CSS

@HairieOthman Cari Sendiri Duit Gaji RM50,000

Pertama sekali, saya minta jangan buat pelbagai telahan dan tohmahan kepada pelakon yang kurang popular, Hairie Othman tentang popularitinya dan sumber kewangan yang diterima.

Bagi rakyat yang marhein seperti saya ini, kita tidak punyai hak seperti PAS untuk bersuara lantang dan bercakap mengenai sesuatu isu secara maki hamun dan sesuka hati. Namun saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian, bagaimana Hairie Othman yang menyertai PAS, boleh menjana pendapatan sehingga RM50,000.


Apa yang saya ingin tunjukkan di bawah ini, bukanlah Multi Level Marketing (MLM) dan para pembaca sekalian tak perlu mengajak 2 atau 5 atau 10 rakan untuk membaca blog saya ini bagi mendapatkan tawaran menarik dan apa² saja lah.

Kembali kepada cerita Hairie Othman mendapatkan RM50,000 secara mudah di dalam PAS. Persoalan yang ditimbulkan oleh Hairie ini sangatlah sukar dijawab oleh UMNO waima Perdana Menteri pun susah nak jawab soalan ini.

UMNO memang tak mampu berikan artis seperti Hairie Othman sebanyak RM50,000 untuk ceramah memaki hamun orang. UMNO juga tak mampu nak berikan ruang dan peluang kepada artis seperti Hairie untuk berada di atas pentas. Lihat sehingga sekarang, adakah mana² artis yang memasuki UMNO diberikan peluang untuk berceramah di hadapan public?



Jawapannya masih tiada lagi artis² yang memasuki UMNO berada di atas pentas politik. Mengapa??

Kerana UMNO lebih mengutamakan kualiti persembahan mereka yang berada di atas pentas. Kualiti persembahan bukanlah bermaksud nyanyian ataupun lakonan. Tapi persembahan penceramah diutamakan iaitu dari segi cara penyampaian yang berkesan, penampilan penceramah serta yang paling penting ialah content yang bernas hendak disampaikan.

Jika seseorang itu mempunyai isi kandungan yakni content yang banyak seperti blogger Pro UMNO namun tidak mempunyai ciri-ciri penceramah yang dikehendaki, maka dia tetap akan diklasifikasikan sebagai tidak bersedia dan tidak harus berada di atas pentas politik. Itulah kualiti yang diterapkan dalam UMNO.

Seterusnya, Hairie mengakui seperti dalam gambar di atas sekali bahawa beliau dibayar sebanyak RM50,000 untuk ceramah yang diadakan. Alhamdulillah, Hairie sudah menerima banyak job ceramah daripada PAS tapi adakah Hairie tahu bahawa job² tersebut sebenarnya datang dari kuasa mutlak Allah S.W.T, bukannya PAS semata²? Mungkin Hairie sudah hampir terpesong di situ akibat terlalu kelabu mata melihat jumlah wang RM yang berpuluh² ribu. Dugaan awal.



Seterusnya, adakah Hairie tahu bahawa disebabkan dirinya telah menjadi tukang kutip wang sedekah untuk setiap ceramah PAS yang dianjurkan. Maka budak² Unit Amal PAS dah tak da kerja nak buat? Dorang pun telah hilang mata pencarian duit upah kutip² sedekah ni.


Inilah kerja Unit Amal PAS yang sering turun membawa karung untuk memeras penonton supaya menyumbangkan sedekah, kata mereka sumbang untuk jalan Allah.


Rasanya Hairie Othman patut buat kerja ceramah je lah berbanding turun `padang membawa karung² untuk meminta secara paksaan daripada penonton yang hadir menghulurkan sumbangan 'ikhlas' lah sangat.

Percayalah wahai Hairie, bahawa kamu bukanlah yang pertama dan yang terakhir berada di dalam PAS. Hidup kamu akan jadi seperti Bob Lokman yang kian ditelan dunia glemer dan nafsu dunia PAS yang mencanak.

Post a Comment

3 Comments

  1. sye kesian tgk hairie othman tuu.. tup2x dah jadi mcm tuu.. hmm..

    ReplyDelete
  2. Patutla dia nak sgt masuk PAS dan jadi penceramah PAS. RM50,000 tu banyak, sape tak nak...

    ReplyDelete
  3. ak bangga ada gak org cm hairie othman nie....
    sokong hairie othman

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..