Monday, July 9, 2012

#LepakSantai Bersama #RempitUnited Esok Malam, Ada Bran?



Korang tau tak apa itu Rempit United? Geng-geng Mat Rempit ker? Ada 'setting game' kat mana-mana jalan atau highway ker der?? Nak tau apa dia...baca di bawah:

Perlembagaan Rempit United - Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Rempit United dan akan menggunakan akronim ‘RU’ sebagai sebutan yang merujuk kepada persatuan.

Misi - “Membina keperibadian dan kematangan anak-anak muda melalui penimbaan pengalaman”

Visi - “Untuk menjadi salah sebuah organisasi yang terbesar dan berpengaruh di kalangan anak muda untuk meraikan kemudaan dan berpaksikan rekreasi permotoran”

Piagam Rempit United

  • Kami komited untuk lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, komuniti dan negara; kompetitif dari segi bakat dan kemahiran; produktif dalam aktiviti rekreasi permotoran.
  • Komited dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk membina kematangan dan meluaskan pengalaman.
  • Mengubah persepsi negatif Rempit di mata masyarakat dan secara langsung memastikan kami menjadi yang terbaik di dalam apa juga bidang yang diceburi.

Apa lagi der!! Jom Lepak Santai dengan geng-geng Rempit United pada 10 Julai 2012 (Selasa) di NZ Garden KLCC bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Artis-artis terkenal pun ada der...datang tau jangan tak datang!





DATANG DER JANGAN TAK DATANG! 
AJAK GENG-GENG SEMUA, 
KITA KASI REMPIT SATU KL DER!!!

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...