Full Width CSS

Pemuda UMNO Terus Berbakti Tanpa Sempadan @rizalmanmokhtar


Berkhidmat untuk rakyat tanpa jemu, mungkin itulah yang boleh saya sifatkan kepada Pemuda UMNO Bandar Tun Razak (BTR) yang mengguna pakai slogan yang dijana oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yakni Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


UMNO memang terkenal dengan sifat membantu rakyat dari awal kemunculannya di bumi bernama Malaysia ini. Tiada pilih kasih dalam erti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. UMNO membantu sesiapa saja waima bkan rakyat Malaysia sekali pun.



Berdasarkan hal tersebut juga, Pergerakan Pemuda UMNO BTR meneruskan dan melaksanakan hasrat UMNO untuk terus membela rakyat. Program inisiatif Pemuda UMNO BTR ini merupakan program tahunan apabila menjelangnya Ramadhan.



Sebanyak 76 lokasi dikenalpasti untuk disampaikan sumbangan tersebut. Program yang dinamakan Kembara Ramadhan ini dijalankan pada 14 Julai 2012 yang lepas. Disertai konvoi pacuan empat roda sebanyak 8 buah kesemuanya penuh dengan barangan keperluan untuk berbuka puasa dan moreh untuk diserahkan kepada Masjid, Madrasah, Balai Polis, Bomba, Rumah Kelab Warga Usia Emas, Rumah Anak Yatim dan Rumah Pesakit HIV.




Tujuan sumbangan ini diadakan adalah atas dasar ingin meringankan tanggungan pihak-pihak tersebut untuk mengunjurkan majlis berbuka puasa. Antara barangan keperluan yang disumbangkan oleh Pemuda UMNO BTR adalah seperti beras, gula, susu, kordial, kurma dan lain-lain. 

  




"Program Kembara Ramadhan ini diadakan saban tahun ketika menjelangnya bulan Ramadhan. Kita sampaikan sumbangan kepada mereka tanpa mengira fahaman politik ataupun pilih kasih. Kesemua sumbangan ini telah dikongsi bersama-sama daripada Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak sendiri". - Datuk Rizalman Dato Mokhtar



Penyampaian sumbangan yang dilakukan secara terus ke pintu penerima dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan juga boleh mengenali penerima sumbangan dengan lebih rapat.



"Insyallah, pada masa akan datang kita akan terus menyumbangkan bantuan asas ini kepada golongan yang memerlukan. Bukan saja Masjid-Masjid dan Madrasah tapi kita akan membantu juga keluarga yang dirasakan layak dan lebih memerlukan"Datuk Rizalman Dato Mokhtar




Program Kembara Ramadhan dimulakan pada jam 9 pagi dan dibahagikan kepada empat zon iaitu utara, timur, barat dan selatan. Secara keseluruhannya, sambutan yang diterima sungguh memberansangkan.

Tahniah kepada Pemuda UMNO BTR yang bertungkus lumus membantu warga Bandar Tun Razak tanpa memilih warna parti yang dianuti penduduknya biarpun kawasan yang disayangi kini disandang oleh YB Tan Sri Khalid Gagap yang gagal berbuat apa-apa di sini.


Ikuti apa kata Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.



66 Tahun
UMNO Membela Rakyat

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..