Friday, July 20, 2012

PRU13 - @n_izzah Akan Kalah Di Lembah Pantai


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini, Nurul Izzah semasa berucap dalam majlis makan malam Pakatan di Seputeh mendakwa bahawa Pegawai Pengurus Pilihanraya Lembah Pantai tahun 2008 memaklumkan bahawa Nurul tidak mungkin akan menang di Lembah Pantai dalam pilihanraya akan datang.

Ulasan tersebut Nurul telah spin sebagai bukti bahawa SPR sebenarnya tidak amanah dan SPR kononnya akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan kekalahan Nurul Izzah dalam pilihanraya akan datang.

Pada aku, ini sebenarnya petanda bahawa Nurul sebenarnya telah goyah dan kini sedang mereka-reka alasan sekiranya dia kalah. Bila kalah sahaja, pasti dia akan merengek kononnya dia kalah kerana muslihat SPR sedangkan sebenarnya dia kalah kerana penduduk Lembah Pantai dah muak dengan taktik politik kotornya itu.

Pada aku, pegawai berkenaan hanya memberikan pandangan peribadinya sahaja. Itupun boleh di spin oleh Nurul Izzah untuk menagih simpati rakyat.

Sekiranya benar SPR tidak amanah, bagaimana Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak boleh jatuh ke tangan pembangkang? 

Kalau betul SPR akan memastikan kemenangan BN, mengapa daripada 16 pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 2008, hanya 7 sahaja dimenangi BN manakala pembangkang menang 9 kerusi?

Kalau betullah SPR berat sebelah, sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut akan dimenangi oleh BN!!!

Sekiranya SPR akan menggunakan taktik kotor di Lembah Pantai, mengapa pegawai berkenaan memberitahu perkara itu kepada Nurul? Bayangkanlah, ada tak perompak yang beritahu mangsa awal-awal, “Eh, malam esok saya nak datang rompak rumah awak tau…” Kalau dah bagi tahu awal-awal, si mangsa sudah pastinya akan bersedia untuk menggagalkan rompakan itu.

Samalah dengan kes ini. Sekiranya SPR mahu main kotor di Lembah Pantai, sudah tentu ianya akan dibuat secara diam-diam tanpa memberitahu Nurul!

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...