Wednesday, July 25, 2012

Stesen LRT Bukit Jalil Juga Turut Dikenali Station Of Life @razaliibrahim

Tahukah anda stesen LRT Bukit Jalil kini turut dikenali sebagai Station of Life?

Stesen ini juga pernah berfungsi sebagai Station of Life pada tahun 2011. Station of Life merupakan salah satu aktiviti di dalam program Big & Lasting Impact Project (BLIP) bagi Divisyen Rel Prasarana untuk menyokong pelan pembangunan jangka masa panjang Prasarana, Go Forward Plan (GFP).

Inisiatif ini juga bagi menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di dalam meningkatkan peratusan penggunaan pengangkutan awam di kalangan para komuter di Lembah Klang.



“Station of Life adalah konsep untuk menonjolkan stesen-stesen LRT sebagai tempat bagi warganegara khususnya penumpang-penumpang LRT untuk relaks, bersosial, berhibur dan juga mendapat maklumat terkini berhubung dengan program-program syarikat dan kerajaan".

“Tema ini diharap dapat menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk menyokong pasukan dan atlit-atlit Malaysia yang bertanding di dalam pertandingan sukan berkenaan. Dengan menjalankan program ini, pihak kami berharap rakyat Malaysia bersatu hati di dalam memberi sokongan kepada atlit-atlit Malaysia. Manakala, para atlit akan maklum bahawa seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan mereka dan ini akan menyemarakkan semangat ‘Malaysia Boleh’"

 - Khairani Mohamed, Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana

Semasa berucap merasmikan dan melancarkan program, satu ucapan beliau yang begitu membuatkan para hadirin semua tertarik ialah..


"Sukan tiada kuota kaum"

Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Memang benar, sukan tiada kuota kaum yang ditetapkan dan tidak boleh langsung ditetapkan oleh sesiapa. Sukan merupakan satu bidang yang membolehkan semua kaum berganding bahu demi mencapai satu matlamat dan tujuan yang sama iaitu memenanginya.


Program Station of Life – The Flame of Sporting Spirit ini bermula pada hari Ahad (22 Julai 2012) sehingga 12 Ogos 2012. Sepanjang sambutan Station of Life, Stesen Bukit Jalil akan beroperasi seperti biasa.


Namun pada hari perlawanan 24 Julai 2012 (Malaysia menentang Arsenal) dan 30 Julai 2012 (Malaysia lawan Manchester City) di mana operasi tren dan stesen dilanjutkan sehingga jam 12.15 tengah malam atau sehingga semua penumpang habis menggunakan perkhidmatan tren.


Bagi acara Olimpik, Prasarana dengan kerjasama Astro akan menyediakan layar TV besar bagi menayangkan acara-acara sukan di Olimpik sepanjang masa operasi stesen berkenaan. Perghhhh mantap beb syarikat² Malaysia hari ini. Boleh bekerjasama demi minat dan matlamat yang sama.


Dato Razali sempat beramah mesra dengan penyokong² pasukan Arsenal yang turut berkumpul di hadapan stesen LRT Bukit Jalil bagi menyemarakkan semangat sukan di sana.


Sempat menunjukkan kebolehan bermain ping pong tapi keseluruhannya Dato Razali masih belum boleh jadi wakil Malaysia untuk game ni keh keh keh.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...