Full Width CSS

36,000 Bungkus Bubur Lambuk Kg. Baru Diedarkan @NajibRazak

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak turun padang bersama rakyat di Kg Baru, Kuala Lumpur.

PM bersama Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa selepas solat Asar mengedarkan 36,000 bungkus bubur lambuk di Masjid Jamek Kg Baru.

Bubur lambuk disediakan seawal jam 10 pagi itu siap sebelum jam 4 petang dengan jumlah 100 buah periuk dimasak.

Turut sama dalam program edaran bubur lambuk semalam Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib dan AJK Masjid.

Untuk rekod, ini merupakan tahun ke-6 PM menyumbang bubur lambuk kepada masyarakat Kg Baru semepna Ramadhan.

PM dan Isteri juga sempat mengunjungi Bazar Ramadhan di Jalan Raja Alang berhampiran Masjid Jamek.


Update via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

Post a Comment

0 Comments